Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Ferdinand Porsche Terlibat Di Dalam Pembangunan EV Lebih 120 Tahun Lalu, Bangunkan Motor Hab Roda!
Auto Terkini

#TahukahAnda: Ferdinand Porsche Terlibat Di Dalam Pembangunan EV Lebih 120 Tahun Lalu, Bangunkan Motor Hab Roda!

Abang HirataBy Abang Hirata14/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEPESATAN mendadak kemajuan kenderaan elektrik (EV) hanya berlangsung kebelakangan ini. Di antara peneroka awal berbelas tahun lalu yang berjaya menghasilkan dan menjual secara massa seperti Tesla melalui Roadster, Mitsubishi i-MiEV, Nissan LEAF dan Renault Zoe.

Perkembangan EV berlaku secara berfasa dan sebelum senarai tersebut sudah wujud model dari pengeluar ternama seperti General Motors, Toyota, Honda termasuk Hyundai!

Ini pula sejarah lebih 120 tahun lalu atau lebih tepat pada tahun 1900. Pada 14 April, sebuah kereta elektrik yang menggunakan sistem Lohner-Porsche tampil buat kali pertama pada Paris Exposition.

Konsep pacuan yang inovatif ini telah berjaya melonjakkan nama Ferdinand Porsche. Beliau sebagai jurutera berkhidmat bersama Jacob Lohner & Co. di Vienna dan membangunkan EV dengan motor hab roda yang dipasang pada roda depan hanya dalam sepuluh minggu.

Setiap satu daripada dua motor elektrik memiliki 2.5 ps dan kelajuan maksimum Lohner-Porsche mencecah 32 kilometer sejam (km/j).

Brek boleh digunakan pada keempat-empat secara serentak dan satu yang canggih pada 1900. Hab roda tersebut merupakan pencapaian Ferdinand Porsche dan sejak dari awal dirujuk sebagai System Lohner-Porsche.

Ini kerana Ferdinand Porsche bersama Ludwig Lohner membangunkan sistem modular untuk pacuan elektrik dan tiga saiz motor dengan prestasi sehingga 12 ps bagi setiap roda dan digunakan pada kereta penumpang, bas dan lori berat.

Jarak pemanduan kenderaan dengan bateri plumbum adalah sekitar 50 km. Ferdinand Porsche turut mempertimbangkan untuk menggunakan idea ini di dalam sukan permotoran yang sedang menikmati populariti pada masa itu.

Juga pada 1900, beliau menyiapkan sebuah kereta lumba elektrik dengan empat motor hab roda dan setiap satu memiliki 14 ps. Beliau menamakan kereta itu sebagai La Toujours Contente dan bermaksud yang selalu gembira.

Kereta itu juga kenderaan pertama di dunia dengan pacuan semua roda. Berdasarkan sistem modular ini, Ferdinand Porsche turut membangunkan kereta hibrid berfungsi pertama di dunia iaitu Lohner-Porsche Semper Vivus.

Di dalam bahasa Latin bermakna sentiasa hidup. Konsep gabungan di antara kuasa petrol dan pacuan elektrik dibangunkan kerana bateri kerap menimbulkan masalah selain infrastruktur pengecasan yang hampir tidak wujud.

Semper Vivus hibrid dan Mixte yang merupakan versi tambah baik pada 1901 menyelesaikan masalah tersebut dengan menggabungkan enjin depan empat silinder bersama generator untuk pembekalan tenaga elektrik.

Sekitar 300 kenderaan dikeluarkan dengan sistem Lohner-Porsche. Balai bomba Vienna menerima 40 buah dan turut digunakan sebagai teksi dan dimiliki orang perseorangan.

Adat di dalam teknologi, motor hab roda digantikan dengan konsep lain yang lebih sesuai untuk pengeluaran massa.

Di sebalik itu, motor hab roda tidak ditinggalkan terus malah diangkat ke angkasa. Tiga bugi NASA iaitu kenderaan jelajah bulan Apollo misi 15, 16 dan 17 dikuasakan oleh motor hab roda elektrik.

Kehebatan Ferdinand Porsche sendiri diakui oleh bos beliau, Ludwig Lohner apabila ditanya semasa Paris Exposition 1990.

Beliau menjawab; “Lelaki ini mempunyai karier yang besar pada masa depan, anda akan banyak mendengar mengenai beliau pada masa akan datang, nama beliau adalah Ferdinand Porsche.”

Ferdinand Porsche Lohner-Porsche system
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.