Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Buat 8 Tip Penjagaan Ini Supaya Kereta Anda Kekal Tip-Top!
Autotainment

#TahukahAnda: Buat 8 Tip Penjagaan Ini Supaya Kereta Anda Kekal Tip-Top!

Han OthmanBy Han Othman08/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENYENGGARAAN ialah asas penjagaan kereta yang sangat penting dan jangan ambil mudah. Ada pemandu yang langsung tidak peduli tentang tempoh servis berkala sampai ke tahap selagi kereta boleh jalan.

Faktanya, kereta memang perlu disenggara. Bukannya payah pun, asalkan anda amalkan 8 tip mudah di bawah ini, anda bukan  saja mampu menjimatkan masa atas jalan, tetapi juga  mengurangkan risiko kereta rosak tiba-tiba.

Jadi, lakukan 8 tip mudah penjagaan ini supaya kereta anda dapat berkhidmat lama dan mampu memberikan prestasi optimum sepanjang masa.

BACA >>> Nak Servis Kereta? Jom Singgah 7 Cawangan PETRONAS Auto Expert Ini!

1. PASTIKAN TAYAR OK

Tayar penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Tekanan angin tayar yang mencukupi mempengaruhi prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan.

Amalkan pemeriksaan tayar setiap seminggu sekali atau sebelum memandu. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar seperti tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Jangan biarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual atau pada pelekat di bingkai pintu.

2. PASTIKAN ENJIN SEJUK

Bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu. Isi mengikut paras ditetapkan.

3. PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI BAIK

PanduLaju.com.my

Jarang pemandu memeriksa kesihatan lampu kereta mereka sedangkan sistem pencahayaan yang berfungsi baik sangat  penting untuk keselamatan pemanduan, terutama ketika malam. Ambil masa perhatikan kondisi lampu sama ada minta rakan atau pasangan melihat dari luar, atau anda sendiri keluar perhatikan keadaan semua lampu.

Pemeriksaan lampu melibatkan 7 jenis lampu seperti berikut:

  • Lampu malap (dim)
  • Lampu suluh-rendah (low-beam)
  • Lampu suluh-tinggi (high-beam)
  • Lampu signal belok
  • Lampu belakang
  • Lampu brek (termasuk brek ketiga)
  • Lampu kabus (depan dan belakang, ikut model)

4. PERIKSA BATERI

Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.

Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerapkan memandu jarak dekat dan sekali-sekala bergerak jauh adalah cara terbaik memastikan bateri dicas baik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Panjangkan Hayat Bateri Sel Basah

5. TUKAR PENAPIS

Kereta ada dua jenis penapis: iaitu penapis enjin yang diletakkan dalam enjin dan dan penapis kabin (juga dipanggil penapis aircond) yang diletakkan dalam kabin kereta.

Pastikan kedua-dua penapis diservis dan ditukar apabila tiba masa. Kotoran dan bendasing yang terkumpul lama pada penapis enjin boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Jika berlaku pada penapis kabin pula, penyaman udara pula jadi kurang sejuk, angin kurang kuat dan kabin boleh berbau.

6. SERVIS PENYAMAN UDARA

Bukannya perlu diservis setiap hari atau minggu, tetapi cuma jadikan servis penyaman udara sebagai rutin penyenggaraan setiap setahun sekali. Kos servis berbeza mengikut jenis kenderaan dan bengkel, tetapi biasanya sama dengan kos servis major.

Jika tidak mahu rasa terbeban, anda memang perlu menabung setiap bulan untuk kos servis penyaman udara kereta. Ini lebih baik daripada perlu menanggung kos baik pulih akibat kerosakan yang boleh mencecah empat angka!

7. SERVIS BREK

Brek Dram

Inipun sama seperti servis penyaman udara. Tetapi servis brek bergantung kepada kekerapan dan cara pemanduan anda. Semakin kerap memandu, atau selalu menekan brek tidak kira masa (kerana memandu secara melulu atau gelojoh), maka semakin cepat komponen brek akan haus.

Anda perlu peka dengan bunyi dari bahagian roda kereta kerana brek yang haus biasanya akan mengeluarkan bunyi seperti besi bergesel. Menggunakan komponen OEM juga mampu memanjangkan jangka hayat brek.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Patut Tukar Pad Brek?

8. GUNA MINYAK ENJIN PETRONAS SYNTIUM

Ini paling penting. Tak guna buat semua tip di atas kalau terlupa atau buat tidak peduli saja pasal minyak enjin. Tukarlah minyak enjin mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar kereta anda. Lagi cantik kalau pilih minyak enjin PETRONAS Syntium.

Apa yang bagus sangat PETRONAS Syntium?

  • Mudah Dicari – Boleh dikatakan banyak bengkel kereta ada minyak enjin PETRONAS Syntium. Produk ini pun senang dicari dan dibeli di mana-mana stesen minyak PETRONAS terdekat sekitar anda.
  • Melindungi Enjin – Kawalan pengoksidaan suhu tinggi terbaik membantu mengekalkan filem pelindung yang stabil.
  • Stabilkan Suhu Enjin – Diformulasikan khas untuk memberiksan kestabilan termal terbaik dan tahan penyejatan disebabkan suhu tinggi.
  • Jimat Bahan Api – Ketahanan daripada kepanasan tinggi secara langsung membantu meningkatkan penjimatan bahan api
  • Kekal Prestasi – Mengekalkan prestasi kereta dengan mengurangkan deposit dalam enjin seperti enapan.
  • Pelbagai Gred – PETRONAS Syntium menawarkan pelbagai gred minyak enjin untuk dipilih, terdiri daripada empat kategori utama iaitu:

    • Minyak Pelincir dengan CoolTech™ – PETRONAS Syntium 7000 0W-16 AP SN PLUS | PETRONAS Syntium Hybrid 7000 API SN PLUS, ILSAC GF-5, DEXOS 1 GEN 2 | PETRONAS Syntium 7000 0W-20 API SN PLUS, ILSAC GF-5 | PETRONAS Syntium 3000 5W-30 API SN PLUS | PETRONAS Syntium 3000E 5W-40 API SN/CF, ACEA A3/B4

    • Minyak Pelincir Kereta – PETRONAS Syntium 800 10W-40 API SN/CF, ACEA A3/B4 | PETRONAS Syntium 800 5W-30 API SN, ILSAC GF-5 | PETRONAS Syntium 500 15W-40 API SN | PETRONAS Syntium 500 10W-30 API SN, ILSAC GF-5
Auto Terkini autotainment Pentronas Syntium Petronas Petronas Syntium roda2 Tip penjagaan kereta tip penyenggaraan kereta tip servis kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

1 Comment

  1. AdiSuhadi on 19/09/2021 17:17

    Terima kasih atas tips dan panduan yang diberikan.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.