Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?
Autotainment

#TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHAP bahang musim panas di negara tropika mampu mencecah hingga 37°C atau lebih. Tahukah anda, suhu panas boleh merosakkan material dan komponen kereta apabila terdedah kepada bahang matahari setiap hari?

Sebenarnya, bahang panas bukan masalah besar kepada kereta moden masa kini. Walaupun teknologi moden mampu menahan kesan buruk bahang matahari, tetapi jika kenderaan terdedah terlalu lama atau kerap dengan cuaca panas luar, ia tetap mampu mendatangkan pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi kepada pemilik yang memarkir kenderaan mereka secara terbuka .

Kami senaraikan risiko kerosakan yang boleh berlaku apabila kereta anda kerap terdedah kepada bahang matahari terik.

1. ENJIN

Komponen enjin sebenarnya mampu menahan bahang panas. Terima kasih kepada minyak enjin, pendingin (coolant) dan kipas yang berfungsi mengekalkan suhu enjin pada tahap  selamat. Bagaimanapun, bahang kepanasan melampau boleh merosakkan enjin dan menjejaskan prestasi kereta anda.

Bagaimanakah berlaku? Udara sejuk lebih berat daripada udara panas. Apabila cuaca terlalu panas, bahagian ambilan (intake)  menerima oksigen (udara) yang kurang padat. Ini membuatkan kereta perlu bekerja dua kali ganda untuk mencapat prestasibiasa. Kesannya, enjin terpaksa bekerja berlebihan akibat kehilangan kuasa.

2. BATERI

Suhu tinggi boleh menyebabkan bateri cepat lemah sebelum sampai masa. Ini berlaku kerana kita terpaksa menambah beban ke atas enjin kerana perlu mengaktifkan penyaman udara.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

3. PENYAMAN UDARA

Air conditioning

Penyaman udara memang penting buat pemandu di negara tropika supaya kita selesa memandu. Namun, bahang panas melampau boleh membuatkan komponen penyaman udara bekerja dua kali ganda untuk menyejukkan kabin. Situasi ini sebenarnya membebankan enjin kereta dan kerana perlu bekerja lebih.

4. KEMASAN KULIT

Material kulit untuk upholsteri kereta menggunakan kulit haiwan diproses. Walaupun produk akhir mengandungi bahan kimia dan pewarna, ia masih mengekalkan beberapa sifat yang membentuk kulit semula jadi – seperti keanjalan dan kelembutan kulit.

Kita tentu pernah dengar pesanan supaya tidak mendedahkan kulit dengan bahang matahari kerana boleh menyebabkan kesan penuaan pramatang. Pesanan itu samalah dengan kemasan kulit atau upholsteri kereta apabila terdedah kepada cahaya matahari atau kepanasan melampau. Penuaan pramatang boleh berlaku dan kulit boleh hilang keanjalan, menjadi kering dan tekstur lebih kasar.

5. PLASTIK

Plastik adalah material lain yang boleh rosak jika terdedahkan kepada bahang terlalu panas. Jika kulit cenderung hilang tekstur akibat bahang matahari, sebaliknya plastik pula boleh jadi rapuh dan keras.

BACA >>> Kenapa dan Apa Perlu Buat untuk Elak Tayar Merekah?

7. CAT

Mampukah cat kereta anda bertahan daripada bahang panas matahari?

Tiada masalah jika cat kereta anda ada lapisan pelindung jernih setebal kek. Namun, akhirnya, pelindung material itu akan lusuh juga jika kerap terdedah kepada sinaran matahari panas untuk jangka masa panjang. Kulit normal yang terdedah dengan panas matahari biasanya akan merekah dan menggelupas untuk beberapa waktu sebelum sembuh. Begitu juga cat kereta.

Pertama, cat akan mula merekah dan kemudian mengelupas. Namun, apa yang tiada pada cat kereta adalah ‘proses penyembuhan’, sekali gus meninggalkan tanda atau kesan yang tidak sedap mata memandang seperti kusam, tompok, lebam atau terkopak.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

8. TAYAR

Tayar yang terdedah lama kepada bahang matahari boleh menyebabkan berlaku kerosakan  ‘reput kering’ (dry rot). Macam mayat mumia atau kayu yang rosak akibat dimamah kulat.

Namun, dalam konteks tayar kereta, kerosakan reput kering merujuk kepada kondisi getah tayar, terutama bahagian dinding  sisi (sidewall) yang berubahjadi keras, rapuh dan merekah kerana terkena sinar ultra-ungu (UV) daripada bahang matahari.

Kesannya hampir sama dengan plastik, tetapi dalam kes tayar, ia sangat berisiko kepada pemandu kerana boleh menjejaskan pengendalian stereng dan prestasu kenderaan.


TIP JAGA KERETA DARIPADA BAHANG PANAS

Ini cuma beberapa kerosakan tentang apa yang mampu bahang panas lakukan terhadap kereta anda. Bagaimanapun, ada beberapa tip yang anda boleh amalkan unutk mengelakkan masalah tersebut, ataupun sekurang-kurangnya melambatkan kesan kerosakan.

  • Pastikan minyak dan coolant diisi cukup setiap masa.
  • Selalu periksa kipas enjin.
  • Ganti penapis udara kereta.
  • Bersederhanalah ketika memasang penyaman udara. Jangan biasakan setkan takat suhu paling sejuk.
  • Elakkan parkir terbuka yang terdedah kepada bahang matahari secara langsung.
  • Rajinkan diri lilinkan (wax) tayar kereta.
  • Lilin dan gilapkan badan kereta setiap enam bulan sekali.

SUMBER: Carmudi

autotainment Bahang Matahari Kereta Bawah Bahang Matahari tahukah anda tip kereta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.