Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?
Autotainment

#ApaNakBuat: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

Han OthmanBy Han Othman12/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DENGAN saiz badan yang rata-rata kecil dan rendah, tugas memandu bagi kaum hawa memang mencabar. Tetapi bak kata peribahasa, alah bisa tegal biasa dan kaum lelaki mesti beri tabik kerana di atas jalan raya hari ini ada ramai kaum wanita yang berketinggi rendah di bawah 5 kaki masih kekal relaks dan tenang memandu.

Tetapi bagi pemandu wanita yang baru hendak pegang stereng (baca: dapat lesen), ia pasti pengalaman mendebarkan. Dek kekurangan fizikal diri, ramai mengambil sikap terlalu berhati-hati. Kalau kita perasan, pemandu wanita bertubuh kecil cenderung menggerakkan seluruh tubuh mereka ke depan hingga terlalu rapat dengan stereng untuk memudahkan kaki menekan pedal brek.

BACA >>> Pemandu Wanita Tak Perlu Lagi Risau, Bengkel G-Car Ada Khas Untuk Anda!

Cukup bahaya! Ini kerana posisi selamat ketika memandu ialah menolak belakang badan sepenuhnya pada penyandar kerusi, dengan bawah badan dijauhkan dari kerusi.

Nampak macam remeh, tetapi posisi rapat ke stereng sangat berbahaya jika berlaku perlanggaran kerana beg udara yang mengembung dengan kelajuan 320kmj berisiko menyebabkan impak kuat ke atas badan pemandu. Walaupun memakai tali keledar, impak yang terhasil akibat posisi memandu tidak betul boleh menyebabkan anggota badan patah  dan kecederaan serius lain.

Ya, memang mencabar bagi seorang wanita bertubuh genit mendapatkan posisi memandu yang tepat dan selamat. Tetapi, itu bukan bermakna ia tidak boleh dilakukan. Jika anda salah seorang daripada wanita itu, cuba ikut tip yang kami kongsi ini.

1. LARASKAN RODA STERENG

Roda stereng @ stereng sepatutnya lurus ke dada, tidak tinggi ataupun rendah. Secara anatomi tubuh badan manusia, tulang dada kita lebih kuat berbanding tulang leher. Jadi, ini sedikit sebanyak membantu survival jika berlaku perlanggaran secara berdepan yang menyebabkan badan menghentam roda stereng.

2. GUNA PERKAKAS BANTU DAN GAJET

Kejelasan pandangan ialah masalah utama wanita berbadan kecil. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah gunakan kusyen jenis kesat (non-slip) di atas kerusi untuk meninggikan posisi badan. Ini dapat membantu anda melihat jalan di depan.

Sesetengah kereta moden hari ini menawarkan kerusi jenis boleh laras, sama ada secara automatik atau manual. Mungkin boleh masukkan ciri ini sebagai syarat wajib sebelum beli kereta baharu. Jangan lupa cuba dulu fungsi tersebut.

3. PRAKTISKAN JARAK SELAMAT YANG BETUL

Jarakkan kerusi sekurang-kurangnya 10 inci (25sm atau lebih kurang sejengkal setengah) antara tulang dada dan tengah roda stereng. Tiada kompromi untuk jarak ini.

Ini mungkin masalah besar bagi wanita kecil, yang secara semula jadi akan cuba bergerak ke depan stereng supaya kaki mereka selesa dengan pedal brek. Mungkin ada tidak tahu, ekstender pedal ada dijual dan boleh dibeli di laman web atas talian, atau di kedai aksesori kereta. Inilah cara paling selamat dan terbaik untuk merapatkan jarak antara kaki dan pedal.

4. PAKAI TALI KELEDAR DENGAN BETUL

Apa yang bagus tentang tali keledar ialah ia boleh dilaraskan mengikut ketinggian pemandu. Pastikan tali di bahagian bahu melintang lurus sepanjang dada, manakala tali pinggang dipasang ketat merentasi pinggul.

5. PEGANG STERENG DALAM POSISI JAM 3 DAN 9 ATAS

https://i0.wp.com/drivinginstructorblog.com/wp-content/uploads/2013/04/9_and_3.jpg
Ya, jam 3 dan 9 ialah posisi terbaik memegang stereng kereta moden hari ini untuk mengelak tangan menghentam muka sekiranya beg udara meletus mengejut.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?

Jangan jadikan fizikal sebagai penghalang dan mematikan keseronokan anda memandu. Apa yang anda perlukan ialah sedikit modifikasi, kreativiti dan keyakinan. Asalkan mematuhi segala tip di atas, anda pasti dapat enjoy memandu seperti mana pemandu lain.

autotainment cara pegang stereng Pemandu Wanita Pemanduan Selamat Roda4 tip memandu Tip Memandu Wanita wanita
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Vision BMW ALPINA
Roda4

Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

19/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

18/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

12/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.