Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

AryonBy Aryon16/05/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ABSORBER terbalik aka upside down (USD)
, dan teleskopik sekali pandang nampak macam serupa, tetapi kedua-dua jenis suspensi depan itu menawarkan ciri berbeza.

Asasnya, fungsi absorber ialah menyingkirkan getaran daripada impak permukaan jalan ke atas roda stereng (hendal), dan seluruh badan motosikal. Ada dua jenis absorber depan yang banyak digunakan motosikal pengeluaran hari ini: teleskopik (konvensional) dan USD.

Dalam istilah mat motor Malaysia, absorber depan biasanya disebut fork, manakala absorber pula dikhaskan untuk sistem suspensi belakang supaya kedua-dua komponen sama itu mudah dibezakan ketika bersembang. Faktanya, absorber ada di depan dan belakang, dan fork pula ialah istilah untuk komponen berbentuk serampang seakan garpu yang terletak di depan motor. Fahamkan?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

BMW R12 dengan absorber teleskopik dalam kelongsong fork.

Absorber dalam bentuk kelongsong (cage) kali pertama digunakan pada 1935 pada dua model BMW R12 dan R17. Absorber teleskopik masih popular dan digunakan secara meluas hari ini kerana memiliki banyak kelebihan seperti kos murah, mudah dihasilkan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pelbagai jenis motosikal.

Fork teleskopik, bahagian stanchion, iaitu tiub kecil diletak atas slider atau kaki fork (rujuk gmbarajah atas) yang  dipautkan pada syaf roda. Model kapcai popular seperti Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R dipasangkan absorber teleskopik bagi mengurangkan kos pembuatan dan merendahkan harga jualan walaupun apabila sampai di kedai harganya tidaklah semurah mana.

Bagaimanapun, absorber telekospik ada kekurangan dalam menyerap dan mengurangkan getaran. Sebab  itu sesetengah model motosikal, terutama prestasi tinggi atau kegunaan lasak, tidak menggunakan absorber jenis ini.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu

Bagi motosikal moden, terutama model dirt bike, pengeluar memilih melengkapkan absorber USD untuk produk masing-masing kerana komponen tersebut mampu menyerap dan mengurangkan getaran lebih baik, sekali gus meningkatkan kelancaran pengendalian tunggangan.

Yamaha YZF-R1
Yamaha TFX 150
Honda CRF 150

Sama seperti material ringan digunakan absorber teleskopik, absorber USD juga ringan. Motosikal premium seperti BMW S1000RR, Yamaha R1 hingga model enjin kecil berkelas tinggi seperti Yamaha TFX 150, Honda CRF 150, masing-masing menggunakan absorber USD.

Absorber USD juga agak mahal dan memerlukan lebih penyenggaraan berbanding teleskopik.  Disebabkan bahagian stanchion diletak di bawah, absorber jenis ini lebih mudah calar. Ia juag perlu kerap diperiksa dan disenggara untuk mengelak kebocoran yang dapat dikesan menerusi lelehan minyak.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?

absorber Absorber Motosikal Absorber Terbalik (USD) autotainment Ford USD fork fork terbalik (USD) penyerap hentak sistem suspensi tahukah anda
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026

    1 Comment

    1. bennet on 16/07/2020 08:29

      fork usd saya ada minyak kluar..apakah masalah itu dan apa yg perlu saya ganti

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.