Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Kereta Paling Pantas Dunia?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Kereta Paling Pantas Dunia?

TalibBy Talib18/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH kereta paling pantas dunia? Ini soalan asas yang sering dipersoal peminat automotif sedunia.

Faktanya, sejak awal 1914, penggemar kereta laju menggunakan lokasi seperti Bonneville Salt Flats di Utah, Amerika untuk mencari jawapan itu. Teddy Tetzlaff (foto bawah) ialah individu yang bertanggungjawab memandu pada halaju luar biasa. Kereta dipandu pelumba Amerika Syarikat itu ialah jentera lumba Blitzen Benz yang diubah suai untuk memaksimumkan had kelajuan kereta tersebut.

Kereta itu mencatatkan kelajuan maksimum 141bpj (227kmj) pada 1914. Pada tahun sama juga, peraturan mula diperkenalkan keseluruhan sukan lumba kelajuan daratan. Kelajuan daratan membawa maksud sesebuah kenderaan yang dipandu atas darat, bukan di laut atau terbang di udara.

Antara peraturan paling penting dan diselaraskan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) adalah seorang pemandu perlu mencatatkan kelajuan tinggi maksimum dalam satu arah, sebelum berpatah balik dan kembali mencatatkan kelajuan tinggi maksimum dari arah berlawanan.

Catatan kelajuan tinggi diperoleh akan di tambah dan dibahagi dua untuk mengambil kira faktor ralat dari segi rintangan angin dan kondisi permukaan jalan.

* bpj – batu per jam

BACA >>> China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
BACA >>> Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an

Kenderaan Paling Pantas atas Darat?

Thrust SSC

Berdasarkan pengadilan dilakukan FIA, pemegang rekod ‘Kelajuan Atas Tanah Terpantas’  (Outright World Land Speed Record) yang diperoleh mana-mana kenderaan beroda dalam jarak 1.6km (1 batu) dari mula bergerak atau berputar kini dipegang jentera lumba dipanggil ‘ThrustSSC’.

ThrustSSC mencatatkan kelajuan 763.035 batu/jam (1,227.985kmj) pada Oktober 1997 dan masih belum dicabar kenderaan lain hingga kini. Jentera lumba itu juga kenderaan darat pertama yang direkodkan memecahkan rekod kelajuan bunyi dengan halaju Mach 1.016.

BACA >>> Bloodhound LSR Sasar Pecah Rekod Dunia Kelajuan Terpantas Atas Darat


Kalau melihat foto, memang sudah tiada lagi rupa, atau sukar untuk memanggil kenderaan itu sebagai kereta. Jentera lumba itu dikuasakan dua enjin pesawat besar yang boleh dianggap sebagai pesawat udara tanpa sayap.

Kalau kereta itu dijual, mampukah orang kebanyakan memandunya. Nampaknya semacam tidak sesuai kereta tersebut dipandu atas jalan raya biasa. Sekarang, mari kita lihat kereta apa pula terpantas dan mampu dimiliki peminat kereta prestasi tinggi.

Kereta Pengeluaran Paling Pantas?

1. Koenigsegg Agera RS

Pada 2017, model dihasilkan pengeluar automotif dari Sweden, Koenigsegg Agera RS berkuasa 1,400hp dibawa ke gurun Nevada dan berjaya mencatatkan purata kelajuan 447kmj (277.9bpj).

Syarikat perolehan data sukan permotoran, Racelogic turut serta untuk mencatatkan data keputusan pemanduan tersebut yang mana pemanduan dan ujian masa dilakukan disahkan mematuhi piawaian dan syarat FIA. Jadi, rekod kereta pengeluaran paling pantas masih dipegang model ini.

Pada 2019, pengeluar lain cuba mengatasi rekod tersebut seperti dilakukan Bugatti menerusi model Chiron Super Sport yang dipandu dengan kelajuan 489kmj (304bpj).

Keputusan ujian itu sangat sukar diterima kerana kereta tersebut sudah diubah suai dan dipasangkan tetapan sistem aerodinamik yang tiada dalam spesifikasi asal model berkenaan. Pemasangan tetapan itu pula sememangnya bertujuan mencapai kelajuan 300bpj dan dipandu hanya sehala.

BACA >>> Bugatti Chiron Super Sport (2022) – Varian Grand Tourer Mewah yang Laju, RM16j!
BACA >>> Ketahui 20 Fakta Menakjubkan Tentang Bugatti Chiron, Berkuasa 1,476hp!

2. SSC Tuatara

Pengeluar automobil, SSC (tiada kaitan dengan ThrustSSC) kemudian menggemparkan dunia permotoran pada 2020 menerusi pengenalan hypercar SSC Tuatara.

Berdasarkan rakaman video, SSC Tuatara mencatatkan kelajuan 532.6kmj (331bpj) sehala dengan purata kelajuan dua hala 510kmj (317bpj. Bagaimanapun, tiada sumber syarikat data persendirian yang dapat mengesahkan keputusan data berkenaan, sekali gus membuatkan ramai penonton tidak percaya video tersebut dengan mendakwa sengaja direka-reka atau data tidak tepat.


Dari pihak SSC, ujian tersebut turut disaksikan wakil Rekod Dunia Guinness (GWR). Malangnya, keputusan itu tidak disahkan secara rasmi. Ini kerana model itu satu-satunya prototaip Tuatara yang wujud walaupun SSC mendakwa ada 100 unit dikeluarkan.

Bagi mengemas kini catatan masa dan mengesahkan keputusan kelajuan Tuatara, satu lagi ujian dijalankan pada awal 2021. Hasilnya, model tersebut mencatatkan rekod kelajuan baharu 455kmj (282.9bpj) dan disahkan syarikat data, Racelogic.

Kelajuan dicapai memang mengagumkan, tetapi masih jauh dari rekod awal yang digembar-gemburkan pengeluarnya. Ini membuatkan SSC bertekad mahu memecahkan rekod 300bpj pada masa depan. Ujian rasmi kedua pula gagal dilakukan di Florida kerana treler kargo yang membawa kereta itu terbalik hingga menyebabkan hypercar itu rosak. Ujian seterusnya juga masih tidak diketahui dan tiada sumber sah mengenai pengeluaran 99 unit model  itu.

Berdasarkan maklumat semasa, memang ada model baharu yang mampu memecahkan rekod pengeluar paling pantas dipegang Agera RS. Apabila melihat kriteria yang perlu ada untuk rekod tersebut, model Koenigsegg itu masih kekal kereta terpantas kerana ada dijual (27 unit sahaja) di pasaran dengan spesifikasi sama seperti kereta ujian menggunakan prosedur dua hala selain membawa syarikat persendirian untuk merekodkan data perlumbaan.

Rekod memang dicipta untuk dipecahkan, tetapi pengesahan dan keperluan memenuhi semua peraturan dan kriteria juga penting untuk disahkan sebagai kereta paling pantas di dunia. Ini dilakukan supaya tidaklah dikatakan syok sendiri.

Apa Lagi yang Menarik?

Tahukah anda, lokasi untuk kereta pengeluaran mencatatkan kelajuan menghampiri 483kmj (300bpj) secara selamat adalah terhad. Ini termasuk laluan lurus di jalan raya Nevada dan landasan lama ulang-alik di Kennedy Space Center (atas kanan) di Florida, Amerika Syarikat.

Bugatti misalnya, menggunakan sepenuhnya Trek Ujian Volkswagen (VW) di Jerman yang memiliki laluan lurus 8.7km (5.4 batu). Peminat kereta kelajuan tinggi boleh mencuba merekodkan kelajuan kereta modifikasi mereka di lokasi-lokasi tersebut. Ada berani?

BACA >>> #TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia

autotainment Blitzen Benz Bugatti Chiron Super Sport Koenigsegg Agera RS Roda4 SSC Tuatara tahukah anda Teddy Tetzlaff
Talib

    Artikel Berkaitan

    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.