Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?
Autotainment

#TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA berbicara mengenai litar terbaik dunia, pasti litar Nürburgring di Jerman menjadi sebutan dalam kalangan peminat automotif. Nürburgring bukan saja terkenal dengan trek serba mencabar dan sukar, tetapi juga kaya dengan sejarah yang menyaksikan pelbagai momen ikonik sukan permotoran berlaku di litar berkenaan.

Tahap kesukaran dan prestij dimiliki Nürburgring membuatkan banyak pengeluar automotif akan melakukan sesi pandu uji di sini, terutama bagi produk prestasi tinggi. Litar itu sudah menjadi satu sijil pengesahan kepada kelajuan dan ketahanan bagi sesebuah produk automotif. Maksudnya, jika mahu mengaku produk kereta anda hebat, uji dulu di Nürburgring!

BACA >>> MB Kedah Nak Bina Litar Prestasi Tinggi untuk Pemilik Supercar Langkawi

Terletak di Nurburg, barat Jerman Jerman, berikut sejarah dan fakta menarik mengenai Nürburgring.

  • Dibina untuk mengurangkan kadar pengangguran di daerah Eifel, barat laut Jerman. Seramai 25,000 pekerja diupah untuk membina litar ini bermula 1925 hingga 1927 dengan menelan belanja 14.1 juta reichsmarks (RM165,740 juta, nilai sekarang).
Litar asal Nürburgring pada 1927
  • Asalnya, litar Nürburgring menampilkan empat konfigurasi:
    • Gesamtstrecke (litar penuh) – 28.265km
    • Nordschleife (Pusingan Utara) – 22.810km
    • Südschleife (Pusingan Selatan) – 7.747km
    • Zielschleife (Pusingan Penamat) – 2.281km, pusingan warm-up, juga dikenali sebagai Betonschleife
Pelumba legenda Britain, Jackie Stewart
  • Litar Nordschleife sangat menggerunkan kerana mempunyai 154 selekoh maut hingga digelar pelumba legenda Britain, Jackie Stewart sebagai ‘Neraka Hijau’ (The Green Hell) selepas beliau memenangi perlumbaan pada 1968 dalam suasana hujan lebat dan kabus tebal.
  • Niki Lauda ialah satu-satunya pelumba yang berjaya melengkapkan litar Nordschleife di bawah 7 minit dengan catatan masa 6:58 pada 1975.
Kemalangan ngeri Niki Lauda di Nürburgring
  • Nordschleife digugurkan daripada kalendar Formula Satu (F1) selepas kemalangan ngeri menimpa Niki Lauda di GP German 1976. Pelumba-pelumba lain turut memboikot litar tersebut yang memaksi pihak berkuasa membangunkan versi trek lebih selamat.
Litar Nürburgring versi F1.
  • Trek versi baharu yang lebih moden siap pada 1984 dan dikenali sebagai GP Strecke. Ia kemudian diubah suai pada 2002 di sektor pertama untuk memberikan lebih ruang memotong di selekoh pertama (Turn 1). Nürburgring kembali semula dalam saingan F1 tahun lalu selepas kali terakhir digunakan pada 2013.

  • Sejak awal penubuhan, Nürburgring memang sedia dibuka kepada umum dan hanya ditutup jika ada perlumbaan dan acara permotoran. Setiap tahun, berjuta-juta kenderaan seperti motosikal, kereta, termasuk bas dan RV (juga dipanggil karavan dan motorhome) dari seluruh dunia melawat litar tersebut. Setiap pusingan dikenakan harga €23 (RM111).
  • Nürburgring turut menjadi pilihan banyak pengeluar automotif untuk menguji kemampuan dan ketahanan model premium dan prototaip kenderaan yang dihasilkan. Kemudian, semua pengeluar itu biasanya ini akan memuat naik video masa pusingan model tersebut di Internet untuk tujuan promosi.
  • Litar Nürburgring popular dalam dunia permotoran kerana menawarkan permukaan trek yang luas dan pelbagai serta mencabar. Sepanjang trek pengguna akan menemui jalan lurus panjang dan laju, bahagian berbonggol, selekoh tajam (hairpin), termasuk permukaan menaik dan menurun hingga 1,000 kaki.

  • Antara bahagian trek Nürburgring paling terkenal ialah ‘Bergwerk’, iaitu selekoh dengan sudut 90º yang terletak selepas seksyen panjang dan pantas. Selekoh berkenaan dilaporkan merekodkan banyak kemalangan serius sepanjang sejarah litar tersebut.

BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi Nürburgring Timur!

jackie stewart litar niki lauda Nordschleife Nürburgring Südschleife Zielschleife
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.