Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apa Anda Perlu Tahu Tentang EON Capital
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apa Anda Perlu Tahu Tentang EON Capital

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EON Berhad memperkenalkan EON Capital iaitu satu platform yang membolehkan pengguna membuat tempahan kenderaan secara atas talian tanpa perlu melalui orang tengah.

Syarikat EON Capital ditubuhkan pada akhir tahun lalu dan platform sistem itu pula dibangunkan bersama rakan-rakan bisnes selepas membuat kajian tentang perkara yang ditempuh pelanggan dalam proses pembelian kenderaan.

Kajian juga mendapati ada peningkatan kecenderungan atau trend pelanggan menggunakan platform atas talian untuk urusan pembelian kenderaan. Bagaimanapun, buat masa ini, jumlah permohonan pembiayaan menerusi platform atas talian masih rendah.

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG EON CAPITAL

  • Ia disediakan untuk pelanggan membuat pembelian kenderaan baharu dan terpakai secara atas talian.
  • Platform itu bukan untuk menggantikan tugas pembantu jualan tetapi menawarkan ketelusan, kecekapan, kepantasan maklumat permohonan dan menambah baik pengalaman pembelian kenderaan.
  • EON memanfaatkan tempoh dua bulan iaitu Januari hingga Februari 2024 sebagai tempoh ujian platform tersebut dan membaiki sebarang kelemahan yang dikesan.
  • Pelancaran rasmi dibuat hari ini sempena EON & Sahabat Autofest 2024 dan EON menjangkakan jualan sekurang-kurangnya 500 kenderaan di acara tersebut menerusi platform EON Capital.
  • Model dijangka paling laris sepanjang acara tiga hari itu ialah jenama Proton disusuli Honda, Mitsubishi dan lain-lain.
  • Buat masa ini, belum ada aplikasi khas EON Capital untuk tujuan permohonan pembiayaan dan pembelian kenderaan. Pelanggan perlu ke laman web eon.com.my untuk menggunakan kemudahan itu.
  • Ada dua pilihan kategori kenderaan ditawarkan di laman web itu itu iaitu persendirian dan komersial. Ada juga pilihan kenderaan terpakai.
  • Pelanggan yang sudah memilih kenderaan dikehendaki perlu membayar wang tempahan (booking) secara atas talian.
  • Jika selesai tiga langkah di atas, pelanggan akan ke peringkat EON Capital di web sama untuk mengisi semua maklumat untuk permohonan pembiayaan.
  • Anda juga boleh memuat naik semua dokumen diperlukan untuk permohonan pembiayaan dan mengetahui status permohonan serta pembelian.
  • Sistem itu berhubung dengan Biro Kredit Malaysia untuk proses semakan kelayakan kelulusan pembiayaan kenderaan.
  • Apa yang menarik ialah EON Capital menawarkan pelbagai model kenderaan dan pelanggan boleh menghantar permohonan pembiayaan kepada pelbagai institusi perbankan.
  • Buat masa ini, apa yang ditawarkan cuma Bank Muamalat (anak syarikat DRB-HICOM).
  • Pilihan institusi perbankan lain akan diperkenalkan tidak lama lagi kerana ia masih diperingkat perancangan atau perbincangan dengan pihak terlibat.
  • Pelanggan tetap perlu ke bank untuk proses seterusnya serta menandatangani surat tawaran (LOU) dari institusi perbankan selepas permohonan pembiayaan lulus kerana ia tertakluk kepada syarat Bank Negara.
EON Berhad EON Capital
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.