Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Kereta Popular Ford yang Pernah Dipandu Ken Block
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Kereta Popular Ford yang Pernah Dipandu Ken Block

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMATIAN pelumba rali dan drifter popular, Ken Block mengejutkan ramai peminatnya seluruh dunia. Pemilik jenama Hoonigan dan pengasas bersama DC Shoes berumur 55 tahun itu dilaporkan terbunuh dalam nahas kereta salji di Utah, Amerika Syarikat.

Ken memulakan karier dalam sukan rali sejak 2005 hingga 2014. Mendiang juga pernah menyertai pelumbaan Rallycross. Namanya mula menjadi sebutan dunia menerusi sukan permotoran gymkhana.

BACA >>> Audi Bikin Audi S1 e-Tron Quattro Hoonitron dengan Bantuan Ken Block!
BACA >>> Langgar ‘Road Block’ Boleh Kena Denda Maksimum RM1k, Penjara Setahun!

Berikut ialah lima model kereta jenama Ford yang pernah digunakan Block:

1. Ford Fiesta ST RX43

  • Gymkhana lima bintang ini ialah Fiesta ST RX43 yang diubah suai hingga mampu menghasilkan 600hp.
  • Block membina kereta itu untuk perlumbaan Global Rallycross Championship 2013. Jentera itu mampu pecut dari 0–100kmj dalam tempoh kurang 2.0 saat.

BACA >>>> #TahukahAnda: Pemain Muda Terkaya Dunia, Koleksi Kenderaan Mbappe Ini Mengejutkan

2. Ford Focus RS RX

  • Kali terakhir Block menggunakan Ford Focus RS RX adalah ketika Gymkhana 9. Model ini juga kereta dipandunya dalamacara Kejuaraan Rallycross Dunia (WorldRX) 2016.
  • Trenkuasa jentera ini lebih kecil berbanding Ford Focus RS, tetapi mampu meledakkan kuasa 600hp.

BACA >>> Pele Pernah Bantu Honda CG 125 Jadi Motosikal Paling Popular di Brazil

3. Ford Mustang Hoonicorn RTR

  • Selain beraksi dalam Gymkhana 7, jentera ini pernah menjadi model bintang pada acara Festival of Speed (FoS) 2015 anjuran Mastercard.
  • Ford Mustang Hoonicorn RTR dibangunkan berasaskan model Ford Mustang (1965) dengan keupayaan kuasa 845hp.
  • Selepas mencatat angka kuasa itu, Ken melakukan modifikasi kepada Hoonicorn Mustang RTR V2 dengan ledakan kuasa setinggi 1,420hp. Bagaimanapun, jentera versi pertama lebih diingati peminatnya.

BACA >>> Takut Kantoi Polis, Pemilik GT-R Cuba Tukar Warna Kereta, Tapi Isteri Datang Serah Diri

4. Ford Escort MKII RS

  • Ken mengubah Ford Escort MkII RS (1978) menjadi jentera prestasi tinggi dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) Hoonigan.
  • Trenkuasa 4-silinder sebaris 2.5L dengan rev enjin 9,000rpm, dengan output kuasa 333hp. Hantaran kuasa dibantu transmisi sekuensial 6-kelajuan.

5. Ford F-150 Raptortrax

  • Jentera ini dibangunkan berasaskan trak pikap Ford F-150 dengan keupayaan meredah permukaan bersalji. Roda asal digantikan kepada roda jenis trek, manakala enjin 6.2L V8.

SUMBER: Kompas

DC Shoes Ford Ford Escort MKII RS Ford F-150 Raptortrax Ford Fiesta ST RX43 Ford Focus RS RX Ford Mustang Hoonicorn RTR gymkhana Ken Block Roda4 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.