• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pele Pernah Bantu Honda CG 125 Jadi Motosikal Paling Popular di Brazil

Pele Pernah Bantu Honda CG 125 Jadi Motosikal Paling Popular di Brazil

January 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MEMANG sukar untuk melihat pemain bola sepak menunggang motosikal, mungkin disebabkan ada syarat termaktub dalam kontrak ketat yang melarang atlet berstatus profesional menaiki kenderaan roda dua.

Berdasarkan laporan, sekatan itu bukan suatu perkara normal pada era 1970-an. Malah pemain bola sepak legenda seperti Pele, meninggal dunia pada 29 Disember lalu, juga pernah ada kaitan dengan motosikal.

Malah Pele juga digambarkan sebagai influencer yang membantu Honda mencatat kejayaan di Brazil. Berdasarkan laporan, motosikal pertama milik Pele ialah Honda CG 125 edisi 1976.

Beberapa laporan mendakwa, syarikat Jepun itu pernah menghubungi Pele untuk menyertai satu kempen iklan membabitkan model generasi pertama Honda CG 125 dan perasmian kilang Honda di bandar Manaus.

Individu yang meminta Pele jadi 'wajah' Honda di Brazil ialah Soichiro Honda. Permintaan itu membuahkan hasil dan sejak itu, ramai rakyat Brazil mahukan 'motosikal Pele' berwarna oren.

Kejayaan Pele membantu meningkatkan reputasi Honda CG 125 yang dikelaskan sebagai motosikal ekonomi dan mudah diselenggara serta sesuai untuk semua lapisan pengguna.

Honda CG 125 edisi 1976 menggunakan trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 124cc yang menawarkan kuasa 11hp @ 9,000rpm yang memiliki desain tipikal streetbike 70-an dengan garis badan lembut, lampu utama bulat serta kemasan krom.

BACA >>> Honda CG125 Fi 30th Anniversary Edition (2022) Lancar Di China, Harga Mula RM4.9k!
BACA >>> Honda CG125 Fi (2022) Masuk Pasaran Vietnam!
BACA >>> Honda CGL 125 Tool (2020) Lancar di Mexico, Harga RM4.1k
BACA >>> 10 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Skyteam Ace 125 Cafe Racer - Harga RM7,366 Seunit

SUMBER: InMoto

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda CG 125, Honda Japan, Pele, roda2, Soichiro Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Pasaran Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
    DBKL Arah Henti Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my