Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 12 Stereng Kereta Paling Buruk Pernah Dihasilkan
Autotainment

#TahukahAnda: 12 Stereng Kereta Paling Buruk Pernah Dihasilkan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA tayar menghubungkan permukaan jalan dan kereta, stereng pula menyatukan pemandu dan kereta yang mana gerak tangan akan menentukan ke mana arah sesebuah kereta itu hendak dituju.

Walaupun menjadi antara komponen penting kenderaan, tetapi banyak juga pengeluar mengabaikan aspek estetika stereng dengan memilih rekabentuk hambar. Tidak kurang juga pengeluar yang sanggup mengambil risiko menghasilkan rekabentuk stereng unik dan pelik dengan harapan sentiasa diingati, tetapi lain pula hasil diharapkan.

Jom kami senarai 12 stereng kereta paling buruk pernah dihasilkan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Sistem Stereng Empat Roda?
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Stereng Kereta Saya Gegar?

1. SUBARU XT

Sebelum ada Subaru XV, pengeluar Jepun itu pernah menawarkan model XT sebagai model sport dua pintu. Subaru XT dikeluarkan pada1985 hingga 1991. Rekabentuk luaran kereta ini cukup menarik tetapi bentuk stereng dianggap komponen paling mengarut. Walaupun rekabentuk stereng pelik, tetapi masih dianggap cool pada zaman itu.

2. FORD FAIRMONT GHIA XE

Fairmont Ghia ialah salah satu model kereta otot (muscle car) Ford di Australia yang dipacu enjin V8, dan juga varian paling mewah dalam siri Ford Falcon. Fairmont Ghia XE dikenali dengan rekabentuk stereng unik. Mungkin cuba mengikut gaya Subaru XT dengan tambahan jejari stereng. Atau Ford benar-benar cuba mencipta kelainan.

3. CITROEN DS

Citroen kali pertama memperkenalkan DS pada 1955. Pada masa itu, itulah salah satu kereta paling cantik, paling canggih dan berteknologi tinggi dunia. Rekabentuk luaran dan dalaman kereta DS dikatakan sempurna pada zamannya. Antara komponen yang paling menarik perhatian adalah rekaan stereng.

4. CITROEN KARIN

Jika Citroen DS berjaya memasuki barisan pengeluaran, Citroen Karin pula kekal sebagai model konsep. Kereta ini dipercayai kenderaan teknologi masa depan Citroen. Mujurlah belum keluar versi pengeluaran.

5. SPYKER C8

Belanda kurang popular dalam industri pengeluaran kenderaan massa melainkan anda peminat jenama supercar Spyker. Khabarnya kereta Spyker ini dicipta dengan mengambil ilham daripada sektor penerbangan.

Setiap kereta Spyker ada kelas tersendiri yang menampilkan rekabentuk luaran moden, tetapi menawarkan pengalaman kabin vintaj. Papan pemuka Spyker 8 dibuat daripada aluminium dengan kluster meter seperti dalam kabin pesawat ringan. Stereng pula nampak seperti propeler (kipas) kapal terbang kecil.

6. MASERATI BOOMERANG

Maserati Boomerang ialah model konsep yang mempunyai rekaan stereng dan papan pemuka pelik. Kereta ini ditayangkan di Pameran Motor Turin pada 1971 dan pernah dilelong rumah lelongan Bonhams pada harga AS$3.7 juta (RM15.8 juta).

7. ASTON MARTIN LAGONDA

Ini salah satu kereta melangkaui zaman dan digelar sebagai kereta masa depan. Aston Martin Lagonda muncul pada awal 1980-an dengan bentuk stereng seperti terapung dan dibalut material kulit. Papan pemuka kereta ini sarat dengan butang leper dan paparan digital atau simbol seperti komputer lama.

BACA >>> Aston Martin Bulldog – Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih

8. LANCIA BETA TREVI

Ramai peminat kereta yang pernah mengenali jenama Lancia pasti tahu kisah malang Beta. Masalah karat pada produk memaksa pengeluar Itali itu membeli semula kereta daripada pelanggan di Britain. Beta Trevi dikritik kerana mempunyai papan pemuka seperti keju Swiss dan rekaan stereng pelik.

9. ITALDESIGN AZTEC

Kereta dengan kokpit dua kerusi ini pernah dijual rumah lelongan Bringatrailer, iaitu salah satu 50 unit pernah dikeluarkan. ItalDesign Aztec dijana enjin Audi 5-silinder sebaris 2.2L dengan transmisi manual 5-kelajuan. Sistem pacuan semua roda (AWD)cpula diambil daripada Lancia.

Antara ciri pelik Aztec ialah sistem stereng roda tidak simetri dan komputer rali (rally computer) di bahagian penumpang depan.

10. OLDSMOBILE INCAS

Jika ruang kabin Aztec dilihat pelik, kereta Oldsmobile Incas ini pula berada pada satu tahap yang di luar akal fikiran. Kebetulan pula kereta konsep keluaran 1986 ini juga direka ItalDesign. Lihatlah rekaan stereng kereta ini yang nampak seperti pesawat angkasa lepas dalam filem fiksyen sains.

11. MAZDA MX-03

Bukan hanya Oldsmobile Incas ada kokpit gaya pesawat, Mazda MX-03 juga pernah mengetengahkan rekaan stereng ala pesawat. Model ini dikeluarkan pada 1980-an dan bukan MX-3 era 1990-an.

12. FORD ‘WRIST TWIST’ SYSTEM

Sistem stereng ‘Wrist Twist’ dicipta bekas jurutera peluru berpandu untuk Ford dan Mercury yang disifatkan sebagai konsol kawalan masa depan untuk kereta pada zaman tersebut.

Malangnya, ujian dilakukan membawa kepada hasil tidak diingini. Sistem stereng tersebut dikatakan sukar dikawal dan terlalu sensitif terhadap sebarang tindak balas pergerakan. Di bawah ini ada video promosi mengenai sistem stereng ‘Wrist Twist’ yang akhirnya gagal ditawarkan kepada pelanggan.

BACA >>> Lotus Evora Sport 410 Edisi Khas Filem James Bond – Cuma 1 Unit Dijual!

SUMBER: Hotcar | Motor1 | Wikipedia | LynolsOffice

Auto Terkini autotainment Roda4 Stereng Kereta Stereng Kereta Hodoh Stereng Kereta Pelik tahukah anda TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.