Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syarat PKP Fasa Keempat ‘Longgar’ untuk Dua Golongan Sahaja
Auto Terkini

Syarat PKP Fasa Keempat ‘Longgar’ untuk Dua Golongan Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 12 Mei ini seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan khas perutusan khas Ramadan, semalam.

Bagaimanapun PKP Fasa Keempat memberikan sedikit kelonggaran kepada dua golongan, iaitu:

  • Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di kampus – dibenarkan pulang ke rumah.
  • Mereka yang terkandas di kampung – dibenarkan pulang ke rumah.

Dua golongan tersebut dibenarkan pulang ke rumah dengan sekali perjalanan sahaja. Kelonggaran ini tidak terpakai untuk mereka yang berada di bandar dan hendak pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan atau atas urusan lain.

1. KEBENARAN PELAJAR IPT PULANG KE RUMAH

Pelajar yang masih berada di kampus yang tidak dibenarkan pulang awal dulu kini boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi. Proses membawa pelajar tersebut giat dirancang Kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perdana Menteri berkata, jumlah pelajar terlibat adalah hampir 100,000 orang dan Kerajaan mesti merancang pergerakan dengan teliti supaya semua berjalan lancar dan teratur serta tidak menyebabkan risiko penularan jangkitan baharu.

Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga.

“Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan Kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa, sabar dulu. Beri sedikit masa kepada pihak kementerian berkaitan untuk menguruskan perkara ini.

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat.”

BACA >>> Covid-19: 6 Orang Kena Kompaun Pergi Pasar Raya Lebih Seorang

2. PERJALANAN PULANG DARI KAMPUNG KE BANDAR

Kepada mereka yang berada di kampung atau tempat lain dan hendak pulang ke rumah masing-masing, Kerajaan juga sedang menimbang untuk memberikan kebenaran balik rumah dengan satu trip perjalanan.

Kebenaran tersebut hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum pelaksanaan PKP Fasa Pertama. Menurut Muhyiddin, Kerajaan juga sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah terbaik untuk mengatur pergerakan orang ramai dan butiran terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat.

Seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan PDRM, atau membuat janji temu untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

“Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian lebuh raya. Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

“Ini sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.“

BACA >>> KP Kesihatan: Tiada Penghantar Makanan Malaysia Positif Covid-19

autoterkini balik kampung covid balik KL covid Bantuan Covid-19 Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PKP PKP Fasa Keempat Tan Sri Muhyiddin Yassin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026

    1 Comment

    1. Alfie on 29/04/2020 17:27

      Kalau bini n anak sangkut kat kg, tapi xde kereta/driver nak balik, hanya harap saya dari bandar bawa kereta n jemput mereka,
      Yg sy faham sy xdapat jemput sebab dr bandar,
      Ke ada cara nya juga?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.