• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: 6 Orang Kena Kompaun Pergi Pasar Raya Lebih Seorang

Covid-19: 6 Orang Kena Kompaun Pergi Pasar Raya Lebih Seorang

April 12, 2020 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


ENAM individu dikompaun polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila keluar secara berkumpulan di sebuah pasar raya di Sabak Bernam, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, enam individu terbabit ditahan jam 12.45 tengah hari kerana keluar lebih dari seorang di pasar raya tersebut.

"Polis mengambil tindakan terhadap dua wanita yang keluar bersama di pasar raya itu dan sekumpulan lagi terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki dalam operasi itu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, mereka yang dikenakan kompaun perlu membuat bayaran RM1,000 di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam. Polis terpaksa bertindak tegas bagi memastikan penduduk mematuhi arahan dan akur dengan gesaan penjarakan sosial yang ditetapkan.

"Kita mahu pastikan tidak berlaku kesesakan di pasar raya dan hanya seorang sahaja ahli keluarga dibenarkan untuk membeli tanpa membawa pasangan atau berkumpulan," katanya.

Sebelum ini tular seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status terdapat beberapa individu ditahan polis kerana masuk ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam secara berpasangan.

"Sudah diberitahu tidak boleh masuk berpasangan, jangan terkejut (kerana) luar dan dalam (pasar raya) ada polis," katanya.

SUMBER: SinarHarian

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 6 Individu Ingkap PKP, Agus Salim Mohd Alias, auto terkini, Ingkar PKP, PDRM, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, polis, Sabak Bernam, Sungai Besar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my