Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!
Roda4

Suzuki Swift Sport (2021) Kini di Malaysia! 140hp, 230Nm, Harga RM139.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS hampir empat tahun menghilang di pasaran Malaysia, jenama kereta Suzuki kembali semula secara rasmi yang kini berada di bawah pengurusan Naza Eastern Motors Sdn Bhd.

Mengorak langkah mula, subsidiari Naza Group itu melancarkan hot-hatch popular Swift Sport (2021) yang akan dijual pada harga atas jalan RM139,900, berserta waranti tiga tahun, tidak termasuk insurans.

BACA >>> Suzuki Swift Attitude SE – 350 Unit Sahaja dengan Enjin Hibrid, Gear Manual

Apa yang menarik mengenai Swift Sport (2021)? Berikut perincian spesifikasi yang perlu anda tahu tentang model Suzuki pertama di bawah Naza Eastern ini:

TRENKUASA

  • Trenkuasa petrol 1.4L BOOSTERJET (pengecas turbo) 1,373cc dengan sistem suntikan bahan api berkuasa 140hp @ 5,500rpm dan tork 230Nm @ 2,500-3,500rpm yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan automatik berserta pedal syif.
  • Kelajuan maksimum 205kmj, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 8 saat. Kapasiti tangki petrol 37 liter dengan anggaran ekonomi bahan api  6.1 liter per 100km.

WARNA

  • Ada empat pilihan warna ditawarkan: Champion Yellow (kuning), Speedy Blue Metallic (biru), Pearl Pure White (putih) dan Burning Red Metallic (merah).

SISTEM BREK DAN SUSPENSI

  • Dibina berasaskan platform HEARTECT, model hatchback ini mengggunakan sistem suspensi strut MacPherson dengan spring koil di depan dan torsion beam di belakang.
  • Menggunakan stereng kuasa elektronik (EPS). Sistem brek jenis cakera untuk roda depan dan belakang dengan rim alo 16 inci yang dibalut tayar 195/50.

DIMENSI

  • Memiliki dimensi panjang 3,890mm, lebar 1,735mm dan tinggi 1,495mm, manakala jarak roda 2,450mm dan jarak lega bumi 120mm.
  • Berat cuma 970kg. Kapasiti but 265 liter dan boleh dipertingkat kepada 579 liter jika tempat duduk baris belakang dilipat.

LUARAN

  • Sarat dengan kemasan gentian karbon seperti lip bawah bampar, skirt sisi dan difuser belakang. Ada spoiler bumbung dan paip dwi-ekzos krom. Gril depan dihitamkan dan tertera lencana Suzuki besar berkilauan.
  • Pilar-A dan -B serta sebahagian pilar belakang berwarna hitam untuk memberikan visual bumbung terapung. Antena atas bumbung jenis rod biasa, bukan sirip yu.
  • Lampu depan jenis projektor LED dengan fungsi nyala automatik dan boleh dilaraskan manual, manakala lampu kabus menggunakan mentol halogen.
  • Cermin sisi dan hendal pintu memiliki diwarnakan sama seperti badan. Lampu signal belok disepadukan bersama cermin sisi dan boleh lipat automatik. But belakang mudah diakses dengan fungsi elektromagnetik.

KABIN

  • Stereng dibalut kulit hitam dengan sulaman benang merah dan ada pedal syif untuk tukaran gear lebih lancar. Stereng turut dilengkapkan butang kawalan untuk akses audio, jawab dan matikan telefon, serta fungsi kawalan jelajah.
  • Posisi stereng boleh dilaraskan mengikut ketinggian dan jarak antara dada pemandu. Papan pemuka hitam dan konsol tengah diberikan aksen merah untuk efek kontras.
  • Kerusi depan dan belakang juga menggunakan kemasa kulit hitam dengan sulaman benang merah. Barisan kerusi semi-buket depan mendapat tambahan sulaman logo Sport. Trim benang merah juga  disulam pada batang tombol gear.
  • Kluster instrumen terdiri daripada takometer dan spidometer jenis analog serta panel digital di tengah untuk maklumat pemanduan seperti suhu, posisi gear, bar petrol, jarak pemanduan, meter Daya-G (G-Force), meter turbo dan suhu minyak enjin.
  • Unit infotainment skrin sentuh 7-inci dilengkapi ciri Apple CarPlay, Bluetooth, iPod, USB dan fungsi radio serta disambung kepada enam pembesar suara, termasuk dua twiter. Skrin ini juga bersambung dengan kamera undur.
  • Kerusi pemandu hanya boleh dilaraskan secara manual.
  • Ciri lain kabin ialah punta tekan-mula (push-start), penyaman udara iklim (auto-climate) automatik dengan penapis debu, pedal sport aluminium, visor matahari, soket kuasa dan port USB, tiga pemegang cawan dan empat pemegang botol, kotak simpanan (glove box).

CIRI KESELAMATAN

Antara ciri keselamatan dibekalkan untuk Swift Sport (2021) ini ialah enam beg udara SRS, Sistem Pelepasan Pedal (jika berlaku kemalangan), amaran Tali Keledar, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Program Stabiliti Elektornik (ESP), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Sensor Parkir Belakang, Kunci Syif AT, sistem penggera dan imobiliser enjin.

BACA >>> Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift
BACA >>> Perodua Myvi (2020) Perkenal Warna Baharu, ASA 2.0 Kini untuk 1.3 X, 1.5 H

hatchback hot-hatch Roda4 Suzuki Suzuki Swift Sport (2021)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
    Roda4

    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

    07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.