Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Malaysia Akan Bawa Masuk Gixxer?
Roda2

Suzuki Malaysia Akan Bawa Masuk Gixxer?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/10/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Malaysia baru saja memuat naik satu lagi foto acah yang mengesahkan ketibaan model sportbike Gixxer.

Foto dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dimuat naik dengan status bertulis: “Something you’ve waited for is coming!” (Sesuaut yang ada tunggu sudah tiba). 

Perkataan dalam imej foto pula ditulis; ‘Something you’ve waited for GIXXER is coming’.

Ini ialah foto acah ketiga disiarkan Suzuki Malaysia selepas mengumumkan kemunculan semula jenama itu di bawah pengurusan baharu, Kawasaki Motors Malaysia (KMM).

Foto acah pertama Suzuki Malaysia memberi gambaran kehadiran sportbike fairing GSX-R sebelum disusuli foto acah kedua mengenai bakal kemunculan semula model kapcai yang kami jangka sebagai model Belang R150. Imej acah terbaharu ini pula Suzuki Malaysia memberi gambaran akan membawa masuk model Gixxer untuk pasaran tempatan.

Adakah Suzuki bakal memperkenalkan semua model dalam foto acah disiarkan itu secara serentak sebagai model pengenalan sempena kemunculan semula jenama itu ke pasaran Malaysia?

Suzuki Gixxer 250
Suzuki Gixxer 155

Gixxer ialah model naked bike yang menawarkan varian enjin 155cc dan 250cc. Gixxer juga ada dalam versi fairing yang didatangkan dengan tanda nama Gixxer SF, juga dalam dua varian enjin 155cc dan 250cc.  Persoalannya, varian enjin manakah akan menjengah pasaran Malaysia?

Suzuki Gixxer SF 250
Suzuki Gixxer SF 155

Seperti kita tahu, Gixxer sangat popular di India. Malah, Gixxer 250 dan Gixxer SF 250 yang dilancarkan di Jepun pada pertengahan tahun lalu ialah model import dari India.

Gixxer 250 dijana enjin silinder tunggal 249cc penyejukan minyak berkuasa 26hp dan tork 22Nm dengan kotak gear klac manual 6-kelajuan. Bahagian roda menggunakan suspensi teleskopik 41mm di depan dan monoshock di belakang serta dilengkapkan brek cakera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai ciri standard. Harga Gixxer 250 di Jepun sekitar RM17,610 hingga RM18,900.

Satu lagi pilihan Gixxer ialah model aras mula 155cc yang ditawarkan dalam bentuk badan sama seperti model 250cc. Versi ini dipadankan enjin 154.9cc penyejukan udara berkuasa 13.94hp dan tork maksimum 14Nm, dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Namun di India, Gixxer 155 (naked) menggunakan transmisi klac manual 5-kelajuan dengan teknologi sistem suntikan bahan api (FI).

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

SINGKATAN GSX-R

Tahukah anda, jenama Gixxer diambil daripada sebutan perkataan GSX-R. Jika melihat konteks berkenaan, ada pelbagai model ditawarkan bermula sesaran kecil hingga besar, terdiri daripada GSX-R125, GSX-R150, GSX-R250, GSX-R600, GSX-R750 dan GSX-R1000R.

Adakah gambaran foto acah itu ada kaitan dengan imej pertama disiarkan Suzuki Malaysia dulu? Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Model manakah akan dibawa masuk? Kita tunggu saja.

BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

Auto Terkini foto teaser roda2 Suzuki Suzuki Gixxer 155 Suzuki Gixxer SF 250 Suzuki Malaysia Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tren Rapid KL Tergelincir Di Chan Sow Lin, Laluan Ampang/Sri Petaling Tergendala Pagi Ini

    28/05/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Polisi BDR Penjawat Awam, Kurangkan Subsidi Petrol RM4.2 Juta

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Rider Makanan Tertekan, Tempahan Merosot Sejak Awal Tahun

    28/05/2026

    3 Comments

    1. Jan on 06/10/2020 13:03

      tolong lah jgn masuk Gixxer, spec terlalu lemau

      paling kurang GSX-S150, atau GSX-R150

      Reply
    2. Shahrul on 07/10/2020 17:40

      kalau nak bawak masuk,,kasi spec yg paaduu²,,tngok fork pun teleskopic sebelum masihi,,tutup balik rasanya suzuki nii,,

      Reply
    3. kn on 24/10/2020 23:49

      gsx s150 pun mantap,kenapa xnak bawa masuk..adui..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.