• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

October 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA memperkenalkan Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition yang didatangkan dalam unit terhad, khas untuk peminat sportbike di negara Asia Selatan itu.

Sportbike suku liter itu dibangunkan khas buat penunggang 'track day' dan dilengkapi ciri perlumbaan yang juga sah ditunggang atas jalan raya biasa.  Gaya badan menggunakan seragam GSX-RR yang diilhamkan daripada jentera yang ditunggang pelumba Suzuki Ecstar dalam aksi MotoGP, Alex Rins dan Joan Mir.

Seperti GSX-250R, Gixxer SF250 MotoGP Edition dipacu enjin 250cc dengan teknologi penyejukan minyak Suzuki (SOCS) berkuasa 26hp @ 9,000rpm dan tork 22Nm @ 7,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Teknologi SOCS ini baru kali pertama diperkenalkan untuk model Suzuki bagi mendapatkan berat enjin ringan dan kelajuan terbaik, sekali gus menyumbang kepada prestasi tinggi untuk pelbagai keperluan tunggangan.

Teknologi SOCS dibangunkan berasaskan pengalaman Suzuki dalam MotoGP untuk menguranglan berat jentera dan geseran, termasuk mengetepikan keperluan ciri penyejukan seperti sirip penyejuk atau pam air. Sebaliknya, model ini menggunakan tambahan garis aliran penyejukan minyak berasingan. Ini bukan saja mengurangkan berat badan, tetapi juga kos penyelenggaraan.

Suzuki mendakwa minyak panas akan melalui penyejuk minyak menerusi saluran minyak sebelum menuju ke tangki minyak. Ia kemudian menyalurkan minyak sejuk menerusi penapis  ke komponen enjin berbeza seperti jet piston, transmisi, piston, engkol dan aci.

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia
BACA >>> Kawasaki Bakal Lancar 5 Model di Milan dan Tokyo, Termasuk Sportbike 250cc 4-Silinder?

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Artikel Berkaitan

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki Gixxer SF 250 (2019), Suzuki Gixxer SF MotoGP Edition (2019), Suzuki GSX-250R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my