Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?
Roda2

Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?

AryonBy Aryon09/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Eropah mula mengetatkan peraturan emisi, itulah gerhana buat masa depan raja motosikal terpantas palanet Bumi, Suzuki Hayabusa. Syarat emisi Euro 4 yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2016 menyaksikan Hayabusa gagal memenuhi kriteria ditetapkan, dan cuma produk yang masih berbaki diberikan ruang untuk dihabiskan setakat bulan ini.

Kehilangan Hayabusa turut  mengiringi episod gelap jenama itu yang terpaksa mengecilkan skop pengeluaran di banyak negara dunia, tidak terkecuali Malaysia.

BACA >>> Sayonara… Suzuki Motor Tutup Kilang Pemasangan Motosikal Di Malaysia

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan Suzuki sedang mempersiapkan Hayabusa serba baharu yang dibekalkan teknologi baharu seperti transmisi semi-automatik. Namun dengan unit akhir GSX1300-R yang dikeluarkan dari kilang Jepun ini, nampaknya khabar angin tentang Hayabusa serba baharu itu seakan betul.

HAYABUSA SERBA BAHARU AKAN MUNCUL?

Ini dikuatkan dengan berita Suzuki memperbaharui semula tanda dagang ‘Hayabusa’, yang memberi isyarat versi baharu jentera buas itu akan diperkenalkan semula. Namun, tidak diketahui bilakah model baharu itu akan muncul, lebih kuar dan lebih pantas. Apa yang pasti ialah Hayabusa baharu nanti ialah sebuah jentera yang lebih besar, lebih kuat dan lebih laju kerana Suzuki sudah pun sedia memiliki rahsia teknologi tersebut.

Adakah Hayabusa akan datang ialah versi turbo atau supercas seperti Kawasaki H2? Adakah dibekalkan transmisi semi automatik? Adakah rupanya mirip Concept GSX 2015 yang ditayangkan di Tokyo tahun itu. Hanya masa menentukan, dan Suzuki kini menggalas tugas besar untuk berentap dengan jentera pantas seperti Kawasaki ZX-14 dan H2.

Jadi, mungkinkah kita sudah boleh mengharapkan jentera berkuasa lebih 200hp dengan sesaran enjin hampir 1,500cc, atau dengan daya aruhan (force induction)?

BACA >>> Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

Selagi tiada jentera didedahkan, terpaksalah kita berpuas hati dengan Suzuki Hayabusi GSX1300-R (2019) unit akhir ini yang didatangkan dalam dua skema warna baharu: kelabu+aksen merah gelap, dan hitam+aksen perak. Tiada perubahan dilakukan, ataupun dirombak supaya jadi sedikit pantas walaupun sudah 11 tahun berlalu sejak kali terakhir dikemas kini.

Hayabusa Hyperbike roda2 superbike Suzuki Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa GSX1300R (2019)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.