• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

March 13, 2018 By AI 2 Comments

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Suzuki Hayabusa sudah tidak asing lagi dalam dunia motosikal antarabangsa. Seperti pernah kami laporkan sebelum ini, supersport itu sudah pun berumur hampir dua dekad dan kini tiba masa menerima transformasi menyeluruh menerusi pengenalan model generasi terbaharu. Kali terakhir Hayabusa menampilkan perubahan signifikan ialah pada 2008 menerusi pengemaskinian facelift.

Rupanya Suzuki memang sudah menyiapkan generasi terbaharu Hayabusa, cuma tidak akan melakukan debut tahun ini. Sebaliknya, kain selubung model itu hanya akan dibuka selewat-lewatnya tahun depan.

BACA >>> Suzuki Hayabusa (2018) Versi CKD, Lancar di India

Memetik laporan DriveSpark, 2019 akan menjadi tahun istimewa buat Hayabusa kerana model ikonik itu bakal menyambut ulang tahun ke-20 dengan melancarkan model generasi baharu. Suzuki bakal mempertaruhkan Hayabusa serba baharu dengan transmisi semi automatik jenis dual-klac (DCT) yang mirip kotak gear Honda Africa Twin.

Selain DCT, Hayabusa generasi baharu akan dibekalkan ciri Kawalan Luncur (Launch Control) yang sememangnya sudah biasa digunakan motosikal berprestasi. Ciri tersebut membolehkan penunggang kurang pengalaman mengendalikan motosikal sepantas Hayabusa bagi menikmati hantaran pecutan terbaik.

ENJIN PENGECAS TURBO

suzuki-hayabusa-i
suzuki-hayabusa-ii
suzuki-hayabusa-iii
suzuki-hayabusa-iv
suzuki-hayabusa-v

Lebih menarik lagi, jika Kawasaki mengetengahkan teknologi supercas, Suzuki pula memilih pengecas turbo sebagai nadi tambahan enjin 1400cc. Tidak terbayang berapakah ouptput kuasa bakal dihamburkan jentera berkenaan yangpasti akan membuatkan bulu roma anda menegak.

Hayabusa generasi baharu kelak juga akan menggunakan beberapa ciri khas yang dipinjamkan daripada GSX-R1000, seperti mod tunggangan, ABS selekoh, kawalan traksi dan ride-by-wire, termasuk beberapa ciri lain.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Menyentuh hal penampilan, Suzuki khabarnya masih berpegang teguh kepada rekabentuk khas Hayabusa. Seperti diketahui, jurutera dan pereka Suzuki, Koji Yoshiura ketika merekabentuk Hayabusa dalam fikiran sudah pun menumpukan kepada penghasilan rekabentuk motosikal yang aneh dan dapat memberikan kesan mendalam kepada peminat motosikal.

Jadi, agak mustahil Suzuki akan mengubah keseluruhan rekabentuk Hayabusa. Tetapi akan ada beberapa pengemaskinian ditampilkan  bagi meningkatkanaspek  aerodinamik. Bagaimanakah agaknya nanti wajah baharu Hayabusa (2019)?

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, superbike, supersport, Suzuki, Suzuki Hayabusa, Suzuki Hayabusa (2019)

Comments

  1. Azlan says

    March 14, 2018 at 11:13 AM

    Masalah yg paling besar ialah tukar rupa bentuk dulu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my