Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Hayabusa (2022) Lancar di Filipina, Harga RM92.9k!
Roda2

Suzuki Hayabusa (2022) Lancar di Filipina, Harga RM92.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Filipina menjadi antara negara Asean paling awal menerima ketibaan model generasi ketiga Hayabusa yang dijual pada harga 1,088,000 peso (RM92,920).

Ada tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Glass Sparkle Black-Candy Burnt Gold (hitam-emas), Metallic Mat Sword Silver-Candy Daring Red (merah-perak) dan Pearl Brilliant White-Metallic Mat Stellar Blue (putih-biru).

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa – Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Hayabusa generasi pertama mula diperkenalkan pada 1999 dengan mencatatkan jualan 115,000 unit, manakala generasi kedua yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mendapat tempahan lebih 74,100 unit. Jumlah terkumpul jualan kedua-dua generasi lebih 189,000 unit.

Generasi ketiga Hayabusa menerima banyak pembaharuan teknologi lebih moden dan terkini untuk memastikan keselesaan maksimum buat penunggang. Berikut perincian superbike tersebut:

BACA >>> Suzuki Hayabusa (2021) Serba Baharu (187hp, 150Nm) yang Jinak, Tapi Lebih Pantas
BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa

  • Trenkuasa patuh Euro5 4-lejang 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api sisi S-SFI berkuasa 187.7hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Sistem S-SFI ditala untuk hantaran kuasa dan tork lebih lancar ketika menunggang dalam halaju rendah dan sederhana.
  • Saiz sistem ambilan udara dengan Suzuki Ram-Air Direct (SRAD) dipertingkat untuk menghasilkan janaan kuasa lebih baik.
  • Kelajuan maksimum 299kmj.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike

  • Menggunakan teknologi terbaharu, dinamakan Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (SIRS), terdiri daripada pakej Pilihan Mod Tunggang Suzuki-Alfa (SDMS-α) seperti berikut:
    • Sistem Kawalan Traksi Trek Gerakan (MTTCS) – 10 mode + OFF)
    • Pilihan Mod Kuasa – 3 mod
    • Sistem Quick Shifter dwi-arah – 2 mod+OFF
    • Sistem Kawalan Anti-Angkat (ALCS) – 10 mod+OFF
    • Sistem Kawalan Brek Enjin (EBCS) – 3 mod+OFF
  • Selain SIRS, Hayabusa baharu ini juga dilengkapi teknologi termaju seperti:
    • Pengehad Kelajuan Aktif (ASL) 
    • Sistem Kawalan Luncur (LCS) – 3 mod
    • Signal Henti Kecemasan (ESS)
    • Sistem Penghidup Mudah Suzuki (SESS) 
    • Bantuan RPM Rendah (LRA)
    • Kawalan Jelajah
    • Sistem Brek Kombi (CBS)
    • Brek Jejak Gerak (MTB)
    • Kawalan Dependan Cerun (SDC)
    • Kawalan Pegun Bukit (HHC)
  • Hayabusa baharu ini turut diberikan ciri elektronik terkini seperti panel meter LCD TFT baharu, diposisikan antara dua meter analog besar (spidometer dan takometer) dengan paparan Data Aktif.
  • Lampu utama multi-LED yang disusun bertikal untuk menyerlahkan imej depan lebih tajam. Bar hendal dengan konsol kawalan direka ergonomik untuk memudahkan operasi dan penggunaan.
  • Lampu posisi disepadukan dengan lampu signal belok dan dipasangkan pada luaran ventilator SRAD. Lampu belakang jenis LED.

BACA >>> Suzuki Hayabusa Generasi Baharu Lancar Bulan Depan? Enjin Turbo
BACA >>> Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia
BACA >>> Kawasaki H2R Jadi Motosikal Super Mewah di India, Harga Cecah Setengah Juta Ringgit!

SUMBER: Carmudi

Hayabusa Filipina roda2 superbike Suzuki Filipina Suzuki Hayabusa Suzuki Hayabusa Generasi ketiga
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.