• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Hayabusa (2021) Serba Baharu (187hp, 150Nm) yang Jinak, Tapi Lebih Pantas

Suzuki Hayabusa (2021) Serba Baharu (187hp, 150Nm) yang Jinak, Tapi Lebih Pantas

February 6, 2021 By Aryon Leave a Comment

443
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Hayabusa (2021)
serba baharu akhirnya melakukan debut global yang akan mula memasuki pasaran Eropah sebelum menyusul ke rantau lain.

Hayabusa (2021) serba baharu ialah model generasi ketiga yang mengalami pembaharuan sepenuhnya buat kali pertama sejak 13 tahun lalu. Namun penampilan masih lagi mengekalkan DNA rekabentuk model terdahulu yang sekali pandang sudah dapat diketahui itulaha Hayabusa.

Berikut beberapa fakta pantas mengenai Hayabusa (2021) serba baharu:

  • Menampilkan dua warna dwi-tona, iaitu perak dengan aksen merah dan hitam dengan aksen emas.

  • Tiada rekaan grafik ekstrem yang menghiasi badan, cuma terpampang perkataan 'Hayabusa' dalam tulisan Jepun pada fairing sisi, dan tekstur sisik pada fairing penutup frem yang terletak bawah antara pelana dan tangki minyak.

  • Rupa depan terdiri daripada unit kluster lampu utama LED yang diapit lampu signal belok dengan lampu posisi terbina dalam.
  • Aspek mekanikal menggunakan enjin patuh Euro5 jenis empat sebaris 4-lejang 1,304cc penyejukan cecair dengan sistem terotel elektronik ride-by-wire, dan mekanisme ekzos dan ambilan diperbaharui.
  • Tetapan baharu itu mensasarkan peningkatan output kuasa dan tork pada julat halaju rendah hingga pertengahan. Angka kuasa maksimum ialah 187.7hp @ 9,700rpm, manakala tork 150Nm @ 7,000rpm.
  • Berat dimiliki ialah 264kg, manakala kadar penjimatan bahan api 14.9km per liter, paling jimat berbanding model generasi terdahulu.

  • Kluster instrumen multi-info masih mengekalkan konsep analog menerusi dwi-kluster bulat untuk paparan spidometer dan takometer. Setiap sisi meter diapit meter semi-bulat untuk jarum bar minyak dan suhu enjin. Indikator digital posisi gear dipaparkan di tengah berserta maklumat tunggangan elektronik dan simbol-simbol lain.
  • Model 2021 ini juga mendapat manfaat daripada teknologi Suzuki Intelligent Ride System (SIRS.), terdiri daripada SDMS-α, yang menawarkan lima mod menunggang, selektor mod kuasa, kawalan taksi, kawalan brek enjin, Quickshift dua hala, dan sistem anti-wheelie.
  • Sistem suspensi jenis KYB untuk kedua-dua roda, manakala brek menggunakan unit cakera apung 320mm dengan kaliper brek Brembo Stylema 4-piston yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch.
  • Juga ada ciri pengehad halaju aktif yang membolehkan penunggang menetapkan had kelajuan tertentu.
  • Hayabusa (2021) serba baharu ini menawarkan lebih penjimatan bahan api berbanding dua model terdahulu. Angka kuasa dan tork sedikit dijinakkan berbanding model sebelum ini, tetapi mampu mencatatkan pecutan 0-100kmj sepantas (3.2 saat) berbanding dua model lama dulu. Kelajuan maksimum juga sama.
suzuki-hayabusa-2021-19
suzuki-hayabusa-2021-25
suzuki-hayabusa-2021-4
suzuki-hayabusa-2021-18
suzuki-hayabusa-2021-2
suzuki-hayabusa-2021-20
suzuki-hayabusa-2021-3
suzuki-hayabusa-2021-1
suzuki-hayabusa-2021-26
suzuki-hayabusa-2021-27
suzuki-hayabusa-2021-5
suzuki-hayabusa-2021-6
suzuki-hayabusa-2021-7
suzuki-hayabusa-2021-8
suzuki-hayabusa-2021-9
suzuki-hayabusa-2021-10
suzuki-hayabusa-2021-11
suzuki-hayabusa-2021-12
suzuki-hayabusa-2021-13
suzuki-hayabusa-2021-14
suzuki-hayabusa-2021-17
suzuki-hayabusa-2021-28
suzuki-hayabusa-2021-15
suzuki-hayabusa-2021-16
suzuki-hayabusa-2021-21
suzuki-hayabusa-2021-22
suzuki-hayabusa-2021-23
suzuki-hayabusa-2021-24
data-suzuki-new-hayabusa-vs-2ndgen-vs-1stgen-1
data-suzuki-new-hayabusa-vs-2ndgen-vs-1stgen-2
443
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki Hayabusa, Suzuki Hayabusa (2021), Suzuki Hayabusa (2021) Serba Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
    #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my