Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Bangunkan Teknologi Reflektor Radar, Bantu Elak Kemalangan Akibat Dilanggar
Auto Terkini

Suzuki Bangunkan Teknologi Reflektor Radar, Bantu Elak Kemalangan Akibat Dilanggar

AryonBy Aryon20/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SENSOR anti perlanggaran yang semakin banyak dilengkapkan pada kereta moden hari ini sudah bukan lagi jadi ciri pelik dan istimewa. Namun, dalam dunia motosikal, ia masih baharu, dan Suzuki antara pengeluar yang cuba bereksperimen dengan teknologi tersebut.

Walaupun Suzuki dilihat cuba merintis teknologi keselamatan motosikal, tetapi pengeluar itu setakat yang diketahui kini masih berkira-kira mahu memasang teknologi sensor pada produk sendiri.  Tetapi siapa tahu Suzuki mungkin berubah fikiran dalam masa terdekat nanti.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Matt Edition Warna Merah Kusam

DOKUMEN PATEN DARI JEPUN

Ini berdasarkan satu lagi pendedahan dokumen paten dari Jepun yang dipercayai rancangan Suzuki untuk memasang reflektor radar pada beberapa poin strategik motosikal supaya mudah dikesan kenderaan lain, terutama yang memiliki sensor anti-perlanggaran (anti-collision).

Antara kelemahan utama motosikal sejak dulu lagi ialah sosok fizikal kecil yang menyukarkan pengguna jalan raya lain perasan kelibat si penunggang. Ini kerana pemandu lebiuh cenderung memerhatikan kereta atau kenderaan besar lain, dan bukan motosikal. Malah, motosikal lebih mudah terdedah kepada risiko titik buta.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology)?

Jadi apa saja peranti atau kaedah yang mampu meningkatkan kejelasan penunggang atas jalan memang diakui sangat membantu. Salah satunya, ‘signal capang’ yang cukup dimarahi penunggang Malaysia atas alasan estetika. Dan mungkin teknologi terbaharu yang dibangunkan Suzuki juga semestinya dapat membantu.

Reflektor radar berdasarkan paten Suzuki ini dilihat cukup efisien buat kereta jenis semi autonomi atau autonomi penuh (pandu sendiri). Ini kerana apa yang menjadi kebimbangan penunggang  motosikal ialah kecekapan sensor anti-rempuhan mengesan kelibat mereka. Malah ia dibuktikan dengan banyak kes kemalangan melibatkan kenderaan autonomi di Amerika Syarikat.

Jadi, reflektor radar Suzuki ini akan berfungsi dengan sensor kereta autonomi supaya kelibat penunggang dapat dikesan seperti mana pengguna jalan raya dan objek sekeliling lain.

BACA >>> Suzuki GSX-R1000R (2017) Guna Teknologi MotoGP dan Sentuhan Juara Superbike

Menariknya, rekabentuk reflektor radar itu cuma reflektor semata-mata dan tidak memerlukan sebarang punca kuasa untuk berfungsi. Ini bermakna ia boleh dimuatkan pada mana-mana motosikal.

Jadi, memang tidak mustahil teknologi Suzuki itu akan jadi sangat penting buat kereta moden masa kini dan akan datang yang dilengkapi ciri sensor anti-rempuhan. Ini secara tidak langsung bukan saja menjamin keselamatan penunggang, tetapi juga pemandu era gajet hari ini yang semakin kurang fokus memandu disebabkan terleka dengan telefon pintar masing-masing.

SUMBER: RideApart

Auto Terkini Dokumen Paten paten Reflektor Radar Sensor Anti-Perlanggaran Suzuki teknologi keselamatan motosikal Teknologi Keselamatan Perlanggaran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.