Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Bakal Bekal EV Kepada Toyota, eVX dan Urban SUV Concept?
Auto Terkini

Suzuki Bakal Bekal EV Kepada Toyota, eVX dan Urban SUV Concept?

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERJASAMA di antara Suzuki dan Toyota di dalam negara mungkin kedengaran asing tetapi tidak di India, Afrika Selatan dan Eropah.

Kedua-dua syarikat sudah lama menjalin kerjasama dan Toyota walaupun merupakan gergasi automotif menggunakan beberapa model Suzuki untuk dijenamakan semula.

Kedua-dua syarikat juga mempunyai pegangan silang namun bukan dalam jumlah yang besar.

Terbaru Suzuki dan Toyota mengumumkan pengukuhan kerjasama dengan Toyota bakal dibekalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik bateri (BEV) yang dibangunkan oleh Suzuki.

Model yang dimaksudkan tidak diumumkan kecuali dikeluarkan di kilang Suzuki Motor Gujarat di India bermula musim luruh 2025 (di antara Mac sehingga Mei).

Pemakluman ini membuatkan penulis tertanya sama ada merujuk kepada Suzuki eVX Concept atau sebuah lagi BEV baharu.

Merujuk kepada Disember 2023, Toyota mempamerkan Urban SUV Concept di Brussels, Belgium dan garis bahu belakang mirip eVX.

Suzuki dan Toyota sebenarnya berkongsi asal-usul iaitu di Enshu, bahagian barat Shizuoka di Jepun dan kedua-dua syarikat membuat lonjakan daripada perniagaan tenunan kepada kenderaan.

Sejak Pengerusi Suzuki (sekarang ini Penasihat Kanan), Osamu Suzuki dan Presiden Toyota (sekarang ini Pengerusi), Akio Toyoda mula meneroka kerjasama perniagaan pada 2016, kedua-dua syarikat telah bekerjasama secara meluas.

Seperti yang dinyatakan, kedua-dua syarikat banyak berkongsi model dan merangkumi pasaran Jepun, India, Eropah, Afrika dan Timur Tengah.

Perkongsian terbaru ini merupakan model BEV pertama di dalam hubungan OEM di antara kedua-dua syarikat dan akan dilancarkan di serata dunia.

Model baharu ini direka khusus sebagai BEV dengan jarak pemanduan yang berpadanan dan bahagian dalam yang selesa.

Selain pacuan dua roda, BEV ini juga akan ditawarkan dalam versi pacuan semua roda yang membayangkannya menggunakan dua motor elektrik.

Satu yang menarik ialah, unit BEV dan platform yang disesuaikan untuk model ini dibangunkan secara bersama oleh Suzuki, Toyota dan Daihatsu Motor Corporation yang memanfaatkan kepakaran masing-masing.

Pemakluman mengenai Daihatsu menimbulkan satu lagi soalan besar, adakah syarikat ini bakal turut serta menawarkan BEV yang sama?

Berikut di antara model perkongsian Suzuki dan Toyota:

  • Suzuki Baleno: Toyota Glanza/Starlet
  • Suzuki Vitara Brezza: Toyota Urban Cruiser
  • Suzuki Grand Vitara: Urban Cruiser Hyryder
  • Suzuki Ertiga: Toyota Ertiga
  • Suzuki Ciaz: Toyota Ciaz
  • Suzuki Fronx: Toyota Urban Cruiser Taisor
  • Toyota Corolla Touring: Suzuki Swace
  • Toyota Innova: Suzuki Invicto
  • Toyota RAV4: Suzuki Across

Berikut ciri-ciri Suzuki eVX Concept:

  • Ukuran: 4,300 (p) x 1,800 mm (l) x 1,600 mm (t)
  • Kapasiti bateri: 60 kWj
  • Jarak pemanduan: 500 km

Ciri-ciri Toyota Urban SUV Concept:

  • Ukuran: 4,300 (p) x 1,820 mm (l) x 1,620 mm (t)
  • Dua pilihan bateri
  • Pacuan roda depan dan semua roda

Suzuki eVX Concept:

Toyota Urban SUV Concept:

EV Suzuki Suzuki eVX Concept Toyota Toyota Urban SUV Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

    09/04/2026
    Auto Terkini

    B100 Biodiesel Kini Lebih Murah, Mampu Stabilkan Harga Diesel Negara

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Chery Lancar Aplikasi Carlinko untuk Pemilik Kenderaan PHEV

    09/04/2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce, Harga Mula RM700!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.