Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Akan Tayang Swift Sport Edisi Katana Versi Jepun Bulan Ini
Roda4

Suzuki Akan Tayang Swift Sport Edisi Katana Versi Jepun Bulan Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI Japan akan mendedahkan hatchback subkompak Swift Sport Edisi Katana yang dilengkapkan kit badan lebar sempena Pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2020.

Swift Sport Edisi Katana dihasilkan sebagai tribut kepada motosikal legenda pengeluar itu, Katana. Kereta tersebut dipasangkan kit badan lebar, fender maskular, lip spoiler depan, rim besar dan sistem suspensi lebih keras serta profil badan rendah.

Sistem ekzos juga berbeza dengan tiga muncung ekzos sengaja dianjakkan ke bahagian skirt sisi belakang. Warna utama ialah kelabu, manakala bahagian bumbung, perumah cermin sisi dan skirt sisi dihitamkan, dan lip depan ada aksen merah.

Di sebalik rim dwi tona merah-hitam, terlihat kelibat  kaliper brek merah. Bahagian sisi kereta dilekatkan dekal Katana dan Suzuki berwarna merah, manakala tepi bampar depan kelihatan logo signatur Katana.

BACA >>> Suzuki Katana 125R Debut Tahun Depan?

SWIFT KATANA EDISI BELANDA

Bagaimanapun, model edisi Jepun ini berbeza dengan Swift Sport Edisi Katana (foto atas) yang diperkenalkan di Belanda pada Mei 2019.

Hatchback edisi Eropah itu dihasilkan dalam unit terhad, cuma 30 unit untuk pasaran domestik dengan dua pilihan warna: Premium Silver Metallic (perak) dan Super Black Pearl (hitam). Dari segi penampilan, model itu tampil  dengan strip hitam pada atas bonet, dan aksen merah pada sekeliling frem gril.

BACA >>> Suzuki Lancar Swift Sport Katana Sempena Motosikal Ikonik, Terhad 30 Unit Sahaja

Ciri lain ialah pelekat logo Katana pada panel pintu. Perumah cermin sisi diwarnakan hitam, manakala bahagian rim daripada jenama OZ Racing bersaiz 18 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 4. Trenkuasa dipacu enjin 1.4L Boosterjet berkuasa 138hp dan tork 230Nm. Ada dua opsyen sistem transmisi ditawarkan, iaitu manual 6-kelajuan dan automatik.

TAS 2020, juga dipanggil sebagai Pameran SEMA versi Asia, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Makuhari Messe, Jepun pada 10-12 Januari ini.

SUMBER: Motor1 | Car and Driver

hatchback hatchback subkompak Pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2020 Roda4 Suzuki Suzuki Japan Suzuki Swift Edisi Katana Suzuki Swift Katana Edition Tokyo Auto Saloon 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.