• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Katana 125R Debut Tahun Depan?

Suzuki Katana 125R Debut Tahun Depan?

December 27, 2019 By Aryon 2 Comments

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Katana 125R berkuasa 14.7hp dan tork 115.Nm khabarnya akan dilancarkan tahun depan. Model itu ialah produk projek rahsia antara Suzuki, Yoshimura, ATEC dan Young Machine.

Katana diperkenalkan kali pertama pada 1981 dan pantas mendapat respon positif daripada kalangan peminat motosikal apabila menampilkan rekabentuk unik, futuristik dan lain daripada lain. Pada 2019, Suzuki menjelmakan semula GSX-1100S Katana (1981) dalam versi baharu, menjadi Suzuki Katana (2019).

BACA >>> Suzuki Malaysia Umum Harga Katana dalam Komen Facebook Sahaja, RM84,500

Contoh lakaran Suzuki Katana 125R dihasilkan Young Machine.

Kini, timbul ura-ura pengeluar motosikal Jepun itu mahu melancarkan lebih banyak versi yang akan dimulakan dengan Katana 125R.

Menurut maklumat beberapa sumber, Katana 125R adalah kombinasi Suzuki dan pengeluar ekzos aftemarket ternama, Yoshimura. Kemudian majalah permotoran Jepun, Young Machine menyiarkan beberapa beberapa imej lakaran, termasuk rekabentuk penuh model tersebut.

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

Suzuki Katana (2019)
Suzuki GSX-S125

Katana 125R direka berasaskan model GSX-S125, dan ini bermakna model naked bike itu akan didatangkan dengan enjin silnder tunggal 125cc berkuasa 14.7hp @ 10,000rpm dan tork 11.5Nm @ 8,000rpm. GSX-S125 memang tiada untuk pasaran Malaysia, tetapi model tersebut sangat popular di Eropah dan beberapa negara Asia.

Jika desas-desus itu benar, Suzuki bakal memperkenalkan Katana 125R tahun depan sempena salah satu daripada tiga pameran motosikal terbesar antarabangsa, sama ada Pameran Motor Tokyo, Pameran Motosikal Intermot atau Pameran Motosikal Milan (EICMA).

Menariknya, casis dan trenkuasa jentera 125 biasanya akan digunakan sebagai asas pembinaan model 150cc yang popular di pasaran negara Asean seperti Indonesia. Malah Katana versi 150cc sudah lama dikecohkan sejak Oktober lalu. Sedihnya, Suzuki sudah lama bungkus di Malaysia. 😢

BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

14k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: ATEC, Auto Terkini, roda2, Suzuki, suzuki katana, Suzuki Katana 125R, yoshimura, young machine

Comments

  1. Che mat says

    December 27, 2019 at 8:24 PM

    Kalau byk demand moto ni rasa boleh je msuk negara kita

    Reply
  2. megat firdaus megat rosli says

    September 15, 2020 at 10:54 AM

    good come to malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
    Ahmad Maslan: Bayar Parkir Guna Kad Debit Tak Selamat
  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my