Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SUV Serba Boleh Haval Dargo (2022) Terjah Pasaran Chile, Peru
Auto Terkini

SUV Serba Boleh Haval Dargo (2022) Terjah Pasaran Chile, Peru

Han OthmanBy Han Othman12/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM baru-baru ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Haval Dargo (2022) untuk pasaran Chile dan Peru dengan menjalankan pandu uji jarak jauh di Chile.

Semua model pandu uji ialah edisi pacuan empat roda (4WD) yang menggabungkan ciri keselesaan SUV bandar dan off-road. Laluan pandu uji bermula di Puerto Montt dan berakhir di Puerto Varas melalui Taman Negara Alerce Andino membabitkan pelbagai situasi pemanduan berbeza seperti kondisi permukaan jalan off-road dan berturap.

Pengalaman pelbagai situasi senario itu menarik minat ramai pemandu uji, termasuk pihak media untuk mengambil bahagian dengan memberikan ulasan positif. Menurut portal permotoran automotif tempatan, Chileautos, Haval memperkenalkan model SUV dengan DNA off-road yang mampu menawan hati kalangan penggemar  pengembaraan.

Dalam ujian itu, Dargo (2022) menunjukkan prestasi baik di laluan off-road yang memberikan keseronokan kepada pemandu uji. Keupayaan off-road dipertingkat menerusi sistem 4WD pintar (i4WD) dan kunci diferensial terhad (LSD) yang dikawal secara elektronik pada gandar belakang.

Sistem i4WD bertindak melaraskan output kuasa dengan pintar daripada keempat-empat roda dan bekerja dengan LSD untuk memanfaatkan sepenuhnya cengkaman setiap roda bagi membantu pemandu meredah persekitaran sukar dengan lancar.

Salah seorang pemandu uji berkata, prestasi pemanduan Dargo (2022) di jalan bergunung-ganang jauh melangkaui jangkaan, manakala prestasi cengkaman dan casis kenderaan sangat baik.

Ia memberi sokongan mantap ketika membelok dan juga pengalaman pemanduan selesa.”

Selain itu, dalam pandu uji di jalan raya biasa, Dargo memberikan pengalaman yang cukup selesa dengan dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemandu termaju seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Sebagai contoh, ACC dapat mengenal pasti jarak dipandu dengan kenderaan depan, termasuk mengawal halaju secara automatik, sekali gus membolehkan pemandu menikmati pemanduan lebih santai dan selesa.

Dargo (2022) menggabungkan rupa luaran off-road dan ruang kabin berteknologi yang menyerlahkan kemantapan penampilan dan perincian hebat. Dalaman SUV ini menawarkan ruang luas dengan pedal syif dan skrin unit infotainment besar.

Portal Chile, La Tercera berkata;

Gaya yang unik, mutu kerja dalaman terbaik dan konfigurasi pelbagai teknologi pintar, menjadikan SUV ini cukup menonjol jika dibandingkan produk lain dalam kelas sama di pasaran.”

Data jualan terkini disiarkan GWM, Dargo (2022) mencapai hasil jualan cemerlang sepanjang Julai lalu dengan jualan global meningkat hingga 45.36 peratus berbanding tahun terdahulu. Tidak lama lagi, GWM akan melancarkan SUV segmen-C ini untuk pasaran lain seperti Timur Tengah.

Berikut spesifikasi Dargo (2022):

  • Didatangkan dalam dua varian: Sport dan Adventure.
  • Enjin 4-silinder sebaris 2.0L Turbo berkuasa 196hp @ 5,600rpm – 6,300rpm dan tork 325Nm @ 1,500rpm – 4,000rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam dua konfigurasi, pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (4WD).
  • Ada 8 mod pandu: Eco, Sport, Standard, Snow, Mud, Sand, Grass/Gravel, dan Bumps.
  • Kapasiti tangki minyak 60 liter.
  • 7 beg udara, termasuk beg udara lutut.
  • Lampu LED penuh.
  • Sistem kamera pandang keliling 360º.
  • Ciri keselamatam termasuk seperti monitor titik buta (BSM), Sistem Trafik Lintas Belakang (RCTA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi halaju rendah, Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki.
  • Unit infotainment 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital 10.25 inci dengan paparan dongak (HUD), pengecas wayarles, 10 pembesar suara.
  • Kerusi boleh laras elektrik 8-tetapan untuk pemandu, dan 4-tetapan untuk penumpang depan.
  • Penyaman udara kawalan klimat dwi-zon.
  • Bumbung panoramik, kerusi penumpang depan dengan ciri pemanas dan penyejuk.

SUMBER: GWM-Global

Auto Terkini Haval Dargo (2022) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

01/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

30/04/2026
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

30/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.