Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV EV – Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km
Roda4

SUV EV – Mercedes-Benz EQ C Mampu Gerak Sejauh 482km

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FOTO rasmi pertama Mercedes-Benz EQ C disiarkan bersama beberapa butiran baru yang jelas menunjukkan siri baharu kenderaan elektrik (EV) jenis crossover itu sedang melalui fasa ujian musim sejuk di Swedish Lapland, Sweden dengan suhu mencecah -35°C di bawah tahap beku.

Mercedes mahu memastikan output motor elektrik mampu bekerja di bawah cuaca ekstrem dan bateri sejuk, termasuk menangani isu seperti jarak pemanduan dan pemulihan tenaga, serta kawalan suhu pra entri supaya penumpang tidak kesejukan dalam 20 minit pertama memandu.

DIUJI PELBAGAI CUACA EKSTREM

Ketua Jurutera EQ C, Michael Kelz berkata, sebagai tambahan kepada dinamik kenderaan dalam kondisi salji dan ais, ujian musim sejuk ke atas EV secara langsung menumpukan kepada tahap kemampuan bateri dan trenkuasa untuk beroperasi pada suhu di bawah tahap beku.

BACA >>> #Videotomotif: Jaguar I-Pace Kalahkan Tesla Model X dalam Lumba Drag 0-100kmj

“Begitu juga aspek kecekapan dan keselesaan serta kawalan suhu yang semestinya diperlukan model segmen ini,” katanya lagi.

Mercedes membangunkan platform baharu EQ C, dipanggil EVA, yang direka khas untuk EV. Segmen crossover tersebut akan dilengkapi bateri berkapasiti 70 kWh, yang mampu bergerak sejauh 400-490km. Dua motor elektrik turut dipasang pada setiap gandar dan mampu menjana kuasa maksimum setinggi 300kW atau 400hp. Pecutan 0-100kmj pula mampu dicapai bawah 5 saat dengan menjadikan Jaguar I-Pace sebagai penanda aras.

BACA >>> Mercedes-Benz Final Edition G 65 – SUV Mewah Tamat Pengeluaran Selepas 38 Tahun

“Model EQ C ialah tumpuan utama bagi kuasa, sportiness, dan nilai utiliti.

“Fiil memandu model ini pasti mengujakan pelanggan kami – terima kasih kepada sistem pacuan semua roda (AWD) yang kebetulan dapat ditala efektif di Sweden atas tasik beku. Ada juga penyelesaian inovatif seperti telematik, konektiviti dan pengecasan. EQ C benar-benar mengisahkan permulaan era baharu mobiliti elektrik Mercedes-Benz,” katanya.

Mercedes-Benz EQ C bakal debut menjelang musim luruh ini sebelum di pasaran pada awal hingga pertengahan 2019. Di pasaran, SUV ini akan bersaing dengan model lawan seperti Tesla Model X dan Jaguar I-Pace.

SUMBER: AutoGuide

Crossover EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-benz Mercedes-Benz EQ C Michael Kelz Roda4 SUV SUV EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.