Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik Xpeng G6 Versi CBU Masuk Malaysia, Harga Mula RM165k!
Roda4

SUV Elektrik Xpeng G6 Versi CBU Masuk Malaysia, Harga Mula RM165k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA kenderaan elektrik (EV) China, Xpeng secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran model pertamanya, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) Xpeng G6 yang akan bersaing secara langsung dengan Tesla Model Y.

Pengedar tunggal jenama itu di Malaysia Bermaz Xpeng Sdn Bhd (Bermaz Xpeng) kini membuka tempahan Xpeng G6 jualan pada harga RM165,000 sebagai model import (CBU) dari China.

VARIAN

  • Ada dua varian Xpeng G6 ditawarkan, iaitu Standard Range (G6 580 Pro) dan Long Range (G6 755 Pro) yang kedua-duanya menggunakan sistem pacuan dua roda.

HARGA, ALAT PENGECAS

  • G6 580 Pro – RM165,820
  • G6 755 Pro – RM185,820

Harga adalah atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian dengan pengecualan cukai selama setahun.

Bagi pilihan aksesori alat pengecas, pelanggan boleh memilih pengecas standard (AC), termasuk kerja pemasangan dengan tambahan harga seperti berikut:

  • Pengecas 7kW (single phase) – RM4,300
  • Pengecas 11kW (three phase) – RM5,000

WARANTI

  • Waranti pengilang lima tahun atau 120,000km (mana satu tiba dulu).
  • Waranti lapan tahun untuk pek bateri voltan tinggi dan had jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).

WARNA

  • Ada lima warna pilihan: Midnight Black (hitam), Silver Frost (perak), Artic White (putih), Graphite Gray (kelabu) dan Fiery Orange (oren).
  • Warna kerusi ada dua pilihan: Black (hitam) dan Grey (kelabu).

MOTOR ELEKTRIK, PRESTASI

  • Kedua-dua varian G6 menggunakan motor elektrik tunggal jenis magnet kekal segerak berasaskan sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Bagaimanapun, output motor berbeza, iaitu Standard Range menawarkan 255hp, manakala Long Range berkuasa 282hp.
  • Pecutan 0-100kmj Long Range sepantas 6.2 saat, manakala pecutan 0-100kmj Standard Range memerlukan tambahan masa 0.4 saat (6.6 saat).
  • Tork kekal 440Nm dan kelajuan maksimum dihadkan 200kmj.

PEK BATERI, MASA PENGECASAN

Standard Range
  • Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 66kWh dengan jarak pemanduan 435km (kitaran WLTP).
  • Pengecasan AC Type 2 hingga 11kW mengambil masa 7.5 jam untuk 5-100 peratus.
  • Pengecasan pantas (DC) CCS2 215kW cuma 20 minit untuk 10-80 peratus.
Long Range
  • Bateri nikel mangan kobalt (NMC) 87.5kWh beserta jarak pemanduan 570km (kitaran WLTP).
  • Pengecasan AC hingga 11kW memerlukan 9.5 jam untuk 5-100 peratus.
  • Pengecasan pantas (DC) 280kW cuma 20 minit untuk 10-80 peratus.

DIMENSI

  • Panjang 4,753mm, lebar 1,920mm, dan tinggi 1,650mm.
  • Jarak roda 2,890mm dan berat kasar 2,025kg.
  • Ruang buat 571 liter boleh ditambah menjadi 1,374 liter.

TEMPAT DUDUK

  • Ada lima tempat duduk dalam kabin Xpeng G6.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar 4-tetapan.
  • Kerusi penumpang depan boleh laras elektrik 6-tetapan.
  • Kerusi penumpang belakang boleh rebah dalam nisbah 60:40.
  • Tempat duduk baris depan dan belakang dilengkapi ciri pemanas.
  • Sebagai bonus, kerusi depan juga ada ciri pengudaraan dan memori.
  • Material kerusi jenis kulit tiruan (leatherette).

LUARAN

  • Dilengkapi lampu utama LED automatik boleh laras ketinggian suluhan manual.
  • Cermin sisi boleh lipat automatik dengan fungsi memori, dan dilengkapi ciri pemanasan.
  • Butang buka pintu kuasa elektrik. Sistem buka kunci pintu wayarles menggunakan aplikasi telefon pintar.
  • Bumbung kaca panoramik dan ada rak bumbung.
  • Pintu belakang boleh buka elektrik.
  • Ada fungsi V2L (vehicle-2-load), tetapi adapter tidak dibekalkan.
  • Rim aloi 20 inci dengan tayar 255/45. Tiada tayar ganti, sebaliknya disediakan kit baik pulih tayar.
  • Lampu kabus belakang LED.
  • Enjin boleh dihidupkan menggunakan aplikasi telefon pintar.
  • Wiper cermin depan ada sensor hujan.

DALAMAN

  • Stereng dilengkapi butang multifungsi dengan ciri pemanas.
  • Stereng boleh laras depan-belakang, dan bawah-atas.
  • Ada dua ruangan pengecas pantas wayarles 50W.
  • Ada dua soket 12V.
  • Ruang depan ada dua slot USB (Type A dan Type C), barisan belakang ada dua slot USB Type-C.
  • Sistem penyaman udara automatik dwi-zon dengan penapis udara PM2.5, dan ada ventilator udara untuk penumpang belakang.
  • Sistem lampu kabin diod LED, tiada lampu ambien.
  • Ada sistem navigasi, kawalan suara, radio FM, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay wayarles serta kemas kini perisian secara atas talian (OTA).

KESELAMATAN

  • Ada tujuh beg udara – depan, sisi, tirai dan tengah
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi pegun automatik (Auto Hold)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pemantau Keadaan Pemandu (DAM)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Lampu Suluh Tinggi Pintar (IHB)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Peringatan Tali Keledar
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
Bermaz Xpeng Sdn. Bhd. Kenderaan Elektrik Xpeng XPENG G6
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.