Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju ‘Gojek’, Mat Motor Berbelah Bahagi
Auto Terkini

Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju ‘Gojek’, Mat Motor Berbelah Bahagi

AryonBy Aryon23/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASAL survei kami mengenai cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya perkhidmatan motosikal e-hailing dibenarkan beroperasi di Malaysia sepatutnya berlanjutan selama seminggu.

Namun, kami terpaksa menamatkan survei lebih awal kerana Kabinet sudahpun memberikan lampu hijau tentang perkhidmatan motosikal e-hailing. Keputusan dalam artikel ini dibuat berdasarkan respon 3,300 undian.

Setakat diketahui, syarikat dari Indonesia, Go-Jek kemungkinan besar akan menjalankan perkhidmatan berasaskan aplikasi mobil itu. Pada masa sama Kerajaan juga tidak menghalang mana-mana syarikat start-up tempat beroperasi.

BACA >>> Respons: Pengasas Motosikal e-Hailing Tempatan Sambut Baik, Pengusaha Teksi Bantah!

Survei ini dimuat naik dalam dua laman Facebook kami, PanduLaju (PL) dan ArenaPermotoran (AP), disiarkan sehari awal di AP sebelum PL. Ini kerana servis ‘Go-Jek’ itu sendiri ada kaitan dengan dunia motosikal, lebih-lebih lagi AP memang saluran kami yang menumpukan kepada dunia dua roda dengan ramai follower dalam kalangan mat motor.

Di AP, beza antara responden ‘Setuju’ dan ‘Tak  Setuju’ sangat tipis, cuma lebih kurang 1-5 peratus sahaja (lihat foto tangkap layar yang diambil salah seorang pembaca kami).

Namun, apabila survei mula dimuat naik di PL dengan sasaran follower lebih umum, keputusan terus berubah. Kali ini respon Tidak Setuju naik mencanak (lihat foto bawah) dengan beza Setuju (44%) – 1,400 undian dan Tak Setuju (55%) – 1,800 undian.

BACA >>> Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia?

Berdasarkan komen dibaca, bolehlah disimpulkan ada 5 sebab utama kenapa pembaca PanduLaju memilih untuk ‘Tak Setuju’ dengan perkhidmatan motosikal e-hailing di Malaysia:

  1. Risiko keselamatan sangat tinggi, terutama jenayah dan kemalangan.
  2. Tidak patuh syariah sebab melibatkan mahram, terutama wanita (membonceng penunggang lelaki tidak dikenali, atau sebaliknya).
  3. Apa saja idea Kerajaan (*baca: Pakatan Harapan) memang tidak bagus.
  4. Anti YB Syed Saddiq – Ada sentimen pelecehan (*baca: kalau sudah idea ‘budak’ memang tak ke mana).
  5. Anti mat motor – Cenderung buat kesalahan trafik, menunggang bahaya, gila seks, liar dan rempit (*baca: mat motor tak guna).

* Istilah atau penjelasan sebenar yang dimaksudkan responden. Perlu difahami dan dibaca secara matang. 😅

aplikasi mobil Auto Terkini Dego RIDE GO-JEK GoJek Motosikal e-Hailing Ojek pengangkutan awam Poll survei survey Undian
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.