• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju 'Gojek', Mat Motor Berbelah Bahagi

Survei: 56 Peratus Pembaca Tak Setuju 'Gojek', Mat Motor Berbelah Bahagi

August 23, 2019 By Aryon Leave a Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASAL survei kami mengenai cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya perkhidmatan motosikal e-hailing dibenarkan beroperasi di Malaysia sepatutnya berlanjutan selama seminggu.

Namun, kami terpaksa menamatkan survei lebih awal kerana Kabinet sudahpun memberikan lampu hijau tentang perkhidmatan motosikal e-hailing. Keputusan dalam artikel ini dibuat berdasarkan respon 3,300 undian.

Setakat diketahui, syarikat dari Indonesia, Go-Jek kemungkinan besar akan menjalankan perkhidmatan berasaskan aplikasi mobil itu. Pada masa sama Kerajaan juga tidak menghalang mana-mana syarikat start-up tempat beroperasi.

BACA >>> Respons: Pengasas Motosikal e-Hailing Tempatan Sambut Baik, Pengusaha Teksi Bantah!

Survei ini dimuat naik dalam dua laman Facebook kami, PanduLaju (PL) dan ArenaPermotoran (AP), disiarkan sehari awal di AP sebelum PL. Ini kerana servis 'Go-Jek' itu sendiri ada kaitan dengan dunia motosikal, lebih-lebih lagi AP memang saluran kami yang menumpukan kepada dunia dua roda dengan ramai follower dalam kalangan mat motor.

Di AP, beza antara responden 'Setuju' dan 'Tak  Setuju' sangat tipis, cuma lebih kurang 1-5 peratus sahaja (lihat foto tangkap layar yang diambil salah seorang pembaca kami).

Namun, apabila survei mula dimuat naik di PL dengan sasaran follower lebih umum, keputusan terus berubah. Kali ini respon Tidak Setuju naik mencanak (lihat foto bawah) dengan beza Setuju (44%) - 1,400 undian dan Tak Setuju (55%) - 1,800 undian.

BACA >>> Majoriti Setuju Hasrat Syed Saddiq Mahu Perkenal Perkhidmatan Teksi Motor di Malaysia?

Berdasarkan komen dibaca, bolehlah disimpulkan ada 5 sebab utama kenapa pembaca PanduLaju memilih untuk 'Tak Setuju' dengan perkhidmatan motosikal e-hailing di Malaysia:

  1. Risiko keselamatan sangat tinggi, terutama jenayah dan kemalangan.
  2. Tidak patuh syariah sebab melibatkan mahram, terutama wanita (membonceng penunggang lelaki tidak dikenali, atau sebaliknya).
  3. Apa saja idea Kerajaan (*baca: Pakatan Harapan) memang tidak bagus.
  4. Anti YB Syed Saddiq - Ada sentimen pelecehan (*baca: kalau sudah idea 'budak' memang tak ke mana).
  5. Anti mat motor - Cenderung buat kesalahan trafik, menunggang bahaya, gila seks, liar dan rempit (*baca: mat motor tak guna).

* Istilah atau penjelasan sebenar yang dimaksudkan responden. Perlu difahami dan dibaca secara matang. 😅

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Dego RIDE, GO-JEK, GoJek, Motosikal e-Hailing, Ojek, pengangkutan awam, Poll, survei, survey, Undian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my