• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Respons: Pengasas Motosikal e-Hailing Tempatan Sambut Baik, Pengusaha Teksi Bantah!

Respons: Pengasas Motosikal e-Hailing Tempatan Sambut Baik, Pengusaha Teksi Bantah!

August 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELBAGAI respons diterima daripada rakyat Malaysia mengenai keputusan Kabinet meluluskan perkhidmatan motosikal e-hailing atau teksi motor, juga dipanggil Go-Jek, semalam.

Individu paling menyambut baik inisiatif baharu Kerajaan itu ialah pengasas Dego DegRide, Nabil Feisal Awad Bamadhaj sebagai syarikat tempatan pertama menawarkan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi mobil itu. Bagaimanapun, DegoRide diharamkan Kerajaan terdahulu daripada meneruskan perniagaan teksi motor di Malaysia atas alasan keselamatan.

Keputusan pengharaman tersebut kemudian diteruskan Kerajaan baharu menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Namun, cadangan terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mendapat respons berbeza yang bukan saja daripada Loke, tetapi barisan Kabinet.

Nampaknya Kerajaan bersedia memperkenalkan mod pengangkutan baharu ini yang terlebih dulu beroperasi di banyak negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

BACA >>> Teksi Motosikal - Dego RIDE Diarah Tutup, Tiada Lesen Operasi

PENGUSAHA TEKSI BANTAH

Seperti dijangka juga, pihak yang paling kuat menentang perkhidmatan motosikal e-hailing ini ialah pengusaha teksi. Antara yang membantah ialah pengendali perkhidmatan teksi premium, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd yang menggesa Kerajaan tidak meluluskan perkhidmatan e-hailing itu kerana kesan negatif terhadap masyarakat.

Pengasas dan Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menganggap cadangan membenarkan  perkhidmatan teksi motor seakan merendahkan martabat anak muda yang sepatutnya mempunyai pekerjaan lebih baik selain Go-Jek.

“Anak muda perlu mendapat pekerjaan lebih baik. Di manakah janji Syed Saddiq untuk membantu anak muda mendapat kerja dan bukannya dengan cara membawa Go-Jek?.

“Macam mana negara nak maju kalau anak muda diberikan kerja membawa Go-Jek dan sampai bila mereka harus dipandang hina,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam, dipetik HMetro.

Shamsubahrin berkata, banyak kesan buruk sekiranya kerajaan meluluskan Go-Jek antaranya soal keselamatan pembonceng, masalah sosial selain kadar kemalangan tinggi membabitkan motosikal di negara ini.

“Cadangan itu nanti akan menyebabkan pemandu e-Hailing dan teksi akan ‘mati’ kerana terpaksa bersaing dengan Go-Jek selain banyak isu lain masih belum selesai,” katanya.

Shamsubahrin berkata lagi, pihaknya juga mengadakan piket besar-besaran jika Kerajaan meluluskan cadangan tersebut.

Selain pengusaha teksi Big Blue Capital, cadangan tersebut turut ditentang Persatuan Teksi Pahang Timur menerusi Yang Dipertuanya, Mat Yasin Talib, menurut laporan SinarHarian kerana memiliki risiko keselamatan tinggi dan sepatutnya menyelesaikan nasib pemandu teksi yang perlu bersaing dengan teksi e-hailing.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, autoterkini, Dego RIDE, GO-JEK, Motosikal e-Hailing, perkhidmatan teksi motor, Respons, teksi motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my