Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Superbike Terpantas Itali, Aprilia RSV4 1100 Factory Kini di Malaysia, Harga RM160k
Auto Terkini

Superbike Terpantas Itali, Aprilia RSV4 1100 Factory Kini di Malaysia, Harga RM160k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA Malaysia rasmi membawa masuk model RSV4 1100 Factory, superbike RSV4 paling laju, ringan dan berkuasa buat masa ini. Dibawakan pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd, kehadiran superbike ini pasti mampu memenuhi permintaan peminat jenama itu yang dahagakan ekstra adrenalin yang maksimum.

BACA >>> Aprilia RSV4 1100 Factory (2019) – RSV4 yang Paling Laju, Ringan dan Berkuasa, 217hp!

ENJIN BERKUASA 217hp, TORK 122Nm

Aprilia sebelum ini melakukan beberapa keajaiban ke atas enjin 1100 V4 apabila menghasilkan kuasa setinggi 201hp untuk RR. Gerek (bore) ditingkatkan daripada 78mm kepada 81mm. Pam minyak baharu dengan kapasiti lebih besar digunakan, termasuk jet minyak ganda untuk mengekalkan kesejukan piston.

Aprilia turut melakukan pemetaan semula (remap) ke atas komputer enjin dan menetapkan pengehad rev pada 13,600rpm. Hasil akhir dicapai ialah peningkatan kuasa kepada 217hp dan mencapai tork maksimum 122Nm @ 11,000rpm. Gear 5 dan 6 kini lebih panjang sebelum perlu dianjak turun rev pada halaju tinggi.

Sistem ekzos juga dioptimumkan bukan hanya dalam bentangan manifold, tetapi ditambah terminal titanium Akrapovic sebagai standard dan disahkan lulus untuk tunggangan atas jalan raya biasa. Malah, lebih ringan berbanding unit sebelumnya.

BACA >>> Aprilia RSV4 RF Limited Edition – Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit

SUSPENSI BOLEH LARAS, WINGLET SEPERTI JENTERA LUMBA

Inilah satu-satunya superbike Aprilia di dunia yang membolehkan penunggang melaraskan posisi enjin pada frem, sudut stok kepala (headstock), pivot swingarm dan ketinggian belakang, manakala suspensi boleh dilaraskan sepenuhnya tidak ubah seperti jentera lumba sebenar.

Aprilia turut mengubah tetapan frem dan suspensi, termasuk agihan berat. Yok stereng diofset pada 2mm, manakala jarak roda dipendekkan 4mm. Tetapan baharu itu mengubah sedikit geometri stereng, membuatkan roda depan lebih dekat kepada penunggang dan meningkatkan beban ke atas roda depan serta menambah kestabilan tanpa mengabaikan ketangkasan.

BACA >>> MV Agusta F4 Claudio Castiglioni – Edisi Khas Terakhir untuk Superbike Tidak Sah Emisi

Kelincahan RSV4 turut terserlah menerusi tetapan baharu fork Öhlins NIX dengan tambahan 5mm travel (125mm) yang juga boleh dilaraskan dengan damper stereng disertakan bersama. Keupayaan membrek  dipertingkat menerusi padanan kaliper brek Brembo Stylema di depan dengan pad brek lebih agresif dan salur udara gentian karbon untuk penyejukan lebih baik.

Winglet gentian karbon pada fairing menambah dayaredum (downforce) roda depan. Ini juga winglet pertama digunakan pada superbike pengeluaran.

APRC – PAKEJ TEKNOLOGI SUPERBIKE TERMAJU

RSV4 1100 Factory dilengkapi pakej kawalan dinamik yang direka khas dan dipatenkan Aprilia. Ciri Kawalan Tunggangan Berprestasi Aprilia (Aprilia Performance Ride Control, APRC) menawarkan kawalan dinamik yang digabungkan dengan kawalan terotel ride-by-wire terbina dalam.  

Antara ciri standard di bawah pakej APRC ialah:

  • Kawalan Traksi Aprilia (Aprilia Traction Control, ATC): Didatangkan dengan 8 tetapan menerusi punat bidik (joystik) pada hendal untuk meningkatkan prestasi tinggi.
  • Kawalan Wheelie Aprilia (Aprilia Wheelie Control, AWC): Boleh dilaraskan tiga tahap tanpa perlu melepaskan terotel.
  • Kawalan Launch Aprilia (Aprilia Launch Control, ALC): Untuk kegunaan trek dengan 3 tetapan.
  • Aprilia Quick Shift (Aprilia Quick Shift): Kotak gear elektronik yang membolehkan anjakan gear dilakukan tanpa menutup terotel dan menggunakan klac. Turut tersedia dengan fungsi turun gear (downshift).
  • Peneghad Pit Aprilia (Aprilia Pit Limiter, APL): Sistem yang membolehkan anda mengehadkan kelajuan maksimum di lorong pit ketika berlumba trek, atau sesuai dengan halaju tertentu di jalan raya.
  • Kawalan Jelajah Aprilia (Aprilia Cruise Control, ACC): Memudahkan penunggang menetapkan halaju tertentu ketika menunggang jauh, terutama di lebuh raya tanpa perlu memulas terotel.

Selain itu, sistem APRC generasi keempat turut didatangkan dengan ABS Selekoh Multi Talaan (MTC ABS) termaju hasil kolaborasi dengan Bosch. Ia boleh dilaras mengikut tiga pemetaan enjin Sport, Track dan Race. Padanan instrumen warna TFT membolehkan penunggang memilih dua paparan, Road dan Race.

Sistem Aprilia MIA membolehkan sambungan ke telefon pintar menerusi Bluetooth. Buat kali pertama kali, data tunggangan boleh dimuat turun pada komputer riba atau telefon menerusi sistem kalibrasi elektronik corner-by- corner.  Aprilia MIA turut dilengapkan sistem hiburan untuk arahan suara dan panggilan telefon.

BACA >>> Ducati Lancar 9 Model Baharu 2019, Termasuk Panigale V4 R untuk Pasaran Malaysia

HARGA – RM159,900

Aprilia RSV4 1100 Factory dengan grafik Atomico 6 dan warna asas hitam kusam ini dijual pada harga RM159,900. 

GALERI
Aprilia Aprilia Malaysia Aprilia RSV4 1100 Factory Aprilia RSV4 Factory (2019) Didi Resources roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.