Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Levorg Prototype STI Sport Sambung Legasi Wagon Boxer Prestasi Tinggi
Roda4

Subaru Levorg Prototype STI Sport Sambung Legasi Wagon Boxer Prestasi Tinggi

Abang HirataBy Abang Hirata16/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU sekarang aktif dalam memasarkan dua model utama jenama itu, XV dan Forester yang sebelum ini jenama itu cukup popular dengan sedan dan wagon Impreza.

Bagaimanapun, di pasaran luar, sedan Impreza masih dijual, manakala versi wagon digantikan dengan Levorg. Menariknya, pembeli Malaysia yang berminat dengan Levorg boleh memiliki model itu menerusi wakil pengedar kenderaan rekon tempatan. Harga sedikit ‘keras’ kerana Levorg ialah model prestasi tinggi, sama seperti wagon Impreza.

Levorg sudah memasuki tahun keenam, dan kini model konsep pengganti sudah ditayangkan kepada umum pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, tahun lalu.

BACA >>> Subaru Levorg 2.0L GT (2019) Teruskan Legasi Wagon dari Timur

Menyedari mempunyai kelompok peminat model sporty, Subaru tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Levorg Prototype STI Sport pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, awal Januari ini. Model berkenaan tampil segak di ruang pameran dengan menampilkan evolusi rekabentuk prestasi untuk jenama yang terkenal di litar rali antarabangsa suatu masa dulu.

BACA >>> #SMS2020: Subaru Forester GT Edition dengan Kit Aero Sporty Sentuhan Pereka Legenda

Jika Impreza terkenal dengan elemen garis dan kotak, Levorg pula lebih slik dan agresif serta nampak kemas menerusi identiti skup intercooler pada bonet, lip bampar depan, lampu utama LED dan lencana STI pada gril. Bahagian belakang diserlahkan dengan lampu bentuk U dan bampar dikemas kini bersama dua paip ekzos di kiri dan kanan.

Selain tarikan visual, ada lagi perlu dikongsi. Levorg bukan dikuasakan enjin boxer 2.0L, tetapi unit boxer baharu, 1.8L Turbo dengan teknologi suntikan terus, dan dipadankan transmisi Lineartronic CVT bersama sistem pacuan semua roda  Symmetrical All-Wheel Drive.

BACA >>> #SMS2020: Subaru Impreza (2020) Tayang di Singapura

Sistem suspensi canggih dengan kawalan elektronik untuk kualiti pemanduan harian dan sporty terbaik. Ini sistem suspensi pertama Subaru yang dihubungkan bersama mod pacuan Drive Mode Select yang membolehkan pemandu memilih karakter pemanduan mengikut respons stereng, suspensi dan sistem AWD.

Model baharu itu juga dibekalkan sistem bantuan pemanduan EyeSight versi terbaharu. Sistem berkenaan disokong empat unit radar di depan dan belakang kereta yang berfungsi mengesan sebarang potensi kemalangan dalam radius 360º. Keselamatan pengguna jalan raya lain pula lebih terjamin menerusi ciri mitigasi pembrekan untuk situasi pejalann kaki melintas atau ketika memandu di persimpangan jalan raya yang mempunyai kadar penglihatan rendah.

Walaupun dinamakan prototaip, Levorg STI nampak seperti sudah bersedia untuk dijual kepada orang ramai. Pelancaran rasmi dikhabarkan akan dibuat dalam tempoh penggal kedua tahun ini.

BACA >>> Subaru WRX STI EJ20 Final Edition – Edisi Terhad Sempena Sayonara untuk Enjin Ikonik

GALERI
Auto Terkini Roda4 STI Subaru Subaru Japan Subaru Levorg Subaru Levorg Prototype STI Sport TAS 2020 Tokyo Auto Salon 2020 Wagon
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.