Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection Diperkenal di Jepun, Harga Mula RM117k
Roda4

Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection Diperkenal di Jepun, Harga Mula RM117k

Abang HirataBy Abang Hirata27/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBIASAAN pengeluar menawarkan model istimewa ‘Black Edition’ yang tidak semestinya tampil hitam luar dan dalam tetapi merujuk kepada perkakasan hitam.

Model Black Edition boleh juga menggunakan warna cerah seperti putih dan perkakasan hitam bagi menaikkan lagi penampilan ‘jahat’, garang atau misteri sesebuah kereta.

Ini pula berbeza daripada Subaru apabila memperkenalkan model istimewa Forester STI Sport Black Interior Selection, iaitu dengan kemasan dalaman yang hitam dan gelap!

Model ini asalnya Forester STI Sport yang dibezakan dengan ruang kabin seperti namanya, Black Interior Selection.

Perkakasan atau trim merah pada Forester STI Sport dihitamkan seperti kerusi, sulaman stereng, balutan panel dan ‘tiang’ papan pemuka.

Model STI Sport sendiri sudah istimewa dengan kerusi berlogo STI, lencana STI pada gril dan perkakasan hitam seperti rim, lampu kabus, braket sisi, braket but dan cermin sisi.

Kluster instrumen juga berbeza daripada lain dengan logo STI dan lingkaran merah. Warna badan pula Subaru menawarkan pilihan khas, iaitu Offshore Blue Metallic.

Ciri Khas Forester STI Sport Black Interior Selection

  • Kerusi dengan balutan kulit asli Nappa hitam dan sulaman benang perak
  • Sulaman perak pada panel papan pemuka.
  • Balutan hitam dan sulaman perak pada panel dan tiang papan pemuka
  • Pilar-B dan -C warna Hitam Piano
  • Teknologi bantuan pemandu Eyesight Safety Plus dengan tambahan pandangan Monitor Pandangan Depan (FVM) dan Cermin Pandang Belakang Pintar, SRM).

Enjin Subaru Forester di Jepun ditawarkan dalam dua varian iaitu FB20 2.0L e-Boxer (hibrid) dan CB18 1.8L turbo dengan padanan kotak gear CVT Lineartronic berserta mod manual dalam pacuan semua roda (AWD).

Forester STI Sport hanya digerakkan enjin 1.8L turbo berkuasa 175ps (172hp) @ 5,200rpm-5,600rpm dan tork 300Nm @ 1,600rpm-3,600rpm.

Mengenai harga, Black Interior Selection memerlukan tambahan 110,000 yen (RM3,350) berbanding Forester STI Sport biasa.

Forester STI Sport Black Interior Selection ditawarkan pada harga 3,850,000 yen (RM117,340), manakala model dengan pintu but kuasa berharga 3,905,000 yen (RM119,040).

Roda4 STI Subaru Subaru Forester Subaru Forester STI Sport Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.