Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Stesen KTM Butterworth Terima Peruntukan RM30 Juta untuk Dinaik Taraf
Auto Terkini

Stesen KTM Butterworth Terima Peruntukan RM30 Juta untuk Dinaik Taraf

SyafieBy Syafie10/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

STESEN Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta, sebagai sebahagian hab pengangkutan awam bersepadu yang menghubungkan terminal feri dan terminal pengangkutan Penang Sentral.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, naik taraf itu adalah sebahagian usaha Kerajaanmenjadikan kawasan sekitar Butterworth sebagai pusat tumpuan mobiliti serantau dengan gabungan pelbagai mod pengangkutan dalam satu lokasi strategik.

Hubungkan Tren, Feri dan LRT Masa Depan

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

Loke berkata, konsep hab bersepadu itu akan memudahkan akses penumpang ke pelbagai bentuk pengangkutan awam tanpa perlu berpindah jauh antara terminal.

Jika seseorang menaiki ETS dari Kuala Lumpur atau Johor ke Pulau Pinang, mereka boleh terus sambung perjalanan menggunakan feri ke pulau atau LRT pada masa akan datang.”

Kontraktor Akan Dilantik dalam Masa Terdekat

Loke memaklumkan penilaian projek naik taraf berkenaan sudah disiapkan, dan proses pelantikan kontraktor akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kerja fizikal dapat dimulakan secepat mungkin.

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

Sebagai rekod, projek itu dilaksanakan bawah Rolling Plan Kelima (RP5) menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dalam ucapan kepada lebih 700 perwakilan DAP Pulau Pinang, Loke turut berkongsi perkembangan terkini mengenai projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang bakal diperluas ke kawasan Terminal Kargo Udara di Batu Maung.

Langkah itu penting bagi memperkukuh infrastruktur logistik udara dan memudahkan akses pemain industri perkhidmatan kargo antarabangsa dengan lebih efisien.

Perluasan ini akan melipat ganda kapasiti kargo udara daripada tiga kepada enam tempat letak kapal terbang. Semua projek ini akan menjadi nadi pembangunan Pulau Pinang, memastikan negeri ini kekal sebagai pusat industri elektronik dan semikonduktor utama di rantau Asia Pasifik.”

KTM Butterworth: dari Stesen Utama ke Hab Mobiliti Masa Depan

Naik taraf Stesen KTM Butterworth bukan saja menaikkan imej pengangkutan awam di utara Semenanjung, tetapi bakal meletakkan Pulau Pinang sebagai antara negeri paling maju dari segi rangkaian pengangkutan bersepadu dan mampan.

Apabila siap kelak, hab itu akan menghubungkan tren, feri, bas, dan LRT, sekali gus memberi kemudahan perjalanan yang lebih lancar, efisien dan moden kepada rakyat serta pelancong.

SUMBER: BeritaHarian

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Hab Pengangkutan Awam hab pengangkutan awam bersepadu Kementerian Pengangkutan (MOT) Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.