Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: Kelibat SYM MAXSYM TL Dikesan di Pulau Pinang?
Roda2

#Spyshot: Kelibat SYM MAXSYM TL Dikesan di Pulau Pinang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada apa yang boleh dibuat. Banyak agenda dan perancangan terpaksa ditangguhkan hingga kita dapat menang dalam pertempuran menentang wabak Covid-19.

Kami baru saja menerima dua keping foto intip skuter SYM yang katanya baru dikeluarkan dari kotak pembungkusan. Foto tersebut ditangkap di Pulau Pinang yang mana majlis pelancaran sepatutnya berlangsung 17 April ini, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penguatkuasaan PKP.

BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!

Panel sisi badan tertera lencana model MAXSYM TL. Pendedahan foto intip itu dikuatkan lagi dengan status dimuat naik laman Facebook SYM MAXSYM TL Club (Malaysia);

Already landed in Penang, Malaysia, 1st batch who already booked RM34888. Normal price RM35,888.”
(Sudah mendarat di Pulau Pinang, Malaysia, kumpulan pertama sudah ditempat RM34,888. Harga normal RM35,888).

MAXSYM TL ialah model dwi-silinder pertama SYM yang dijana enjin 465cc DOHC berkuasa 40.2hp @ 6750rpm dan tork 42.5Nm @ 6250rpm. Selain patuh regulasi Euro4, enjin skuter ini menggunakan sistem suntikan bahan api dengan penyejukan cecair, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik CVT.

Agihan berat 50:50, jarak roda pendek dan suspensi sebelah tunggal jenis multilink di belakang menawarkan prestasi pengendalian terbaik. Penampilan sporty dan saiz badan kompak tidak memerlukan kemasan kompleks, malah memiliki  karakter tunggangan yang lincah dan agresif.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa

Diilhamkan daripada gaya supierbike moden, skuter maksi ini dipadankan lampu utama LED. Lampu belakang menggunakan teknologi terkini dinamakan filem optikal LED untuk menyerlahkan identiti produk moden dan futuristik.

Lampu utama dengan empat mentol LED memberikan pencahayaan suluh tinggi lebih baik ketika menunggang malam. Keselesaan tunggangan disokong fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang). Bahagian roda menggunakan rim aluminium 15 inci dan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).

Sistem brek dipasangkan set brek cakera 275mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang. Kapasiti tangki pula 12.5 liter, cukup besar untuk tunggangan harian tanpa perlu kerap berhenti mengisi petrol.

BACA >>> #EICMA2019: SYM Maxsym 400i ES Lancar, ke Malaysia Suku Ketiga 2020

GALERI
Covid-19 foto spyshot Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) roda2 skuter skuter maksi Spyshot SYM SYM Malaysia SYM MAXSYM TL
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.