Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Kawasaki Ninja ZX-25R Warna Hitam Tanpa Slider, Adakah Varian Standard?
Auto Terkini

#Spyshot: Kawasaki Ninja ZX-25R Warna Hitam Tanpa Slider, Adakah Varian Standard?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI sebelum ini hanya mendedahkan Ninja ZX-25R dalam seragam hijau KRT dan hitam ‘Black Diamond’ untuk versi trek dengan kemasan gentian karbon.

Terbaharu muncul pula foto warna hitam dengan grafik berbeza pada sportbike suku liter itu yang tertera perkataan ‘4 Cylinder’ pada fairing belakang. Adakah imej itu ZX-25R versi standard?

Juga kelihatan tiga individu berkemeja Kawasaki, dipercayai mekanik yang sedang menjalani kursus latihan penyenggaraan model suku liter ’empat dapur’ itu.

BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?

Berdasarkan foto intip itu, dapat dikesan perbezaan dengan ZX-25R versi KRT yang dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 lalu. Selain warna badan hitam berkilat, sportbike Kawasaki itu tidak dipasang frem slider. Timbul persoalan, adakah itu varian paling basis yang mungkin tidak dilengkapkan ciri elektronik seperti varian premium?

Juga tidak diketahui sama ada model itu memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kerana posisi foto dari sebelah kanan. Jadi, tidak dapat dilihat pelekat ABS pada bahagian roda. Kawasaki Motors Co di Jepun juga tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai warna baharu itu.

Sementara itu, media permotoran dari Jepun, Young Machine meramalkan ada enam warna pilihan akan ditawarkan, iaitu:

  • Hijau KRT
  • Hitam kusam
  • Biru berkilat
  • Putih dwi-tona dan hitam dengan aksen merah di tengah
  • Putih-hitam dengan strip kuning dan kelabu
  • Merah (dominan)-hitam

Seperti biasa, selagi Kawasaki di Jepun tidak melancarkan sportbike itu secara rasmi, segalanya  kekal samar dan hanya ramalan.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!
BACA >>> #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

SUMBER: IwanBanaran

Foto Intip Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki ZX-25R Kawasaki-Modenas KHI Japan Modenas roda2 sportbike Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.