Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spyshot: Foto Mitsubishi Expander Bocor Sebelum Debut Global di Indonesia, Ogos ini
Roda4

Spyshot: Foto Mitsubishi Expander Bocor Sebelum Debut Global di Indonesia, Ogos ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMUNCULAN Mitsubishi Expander (2017) semakin hampir. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dijadualkan melakukan debut antarabangsa sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) yang ke-25, bulan hadapan.

Malah, sebelum kemunculan Expander, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selaku pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Indonesia terlebih dahulu mengeluarkan teaser model MPV baharu itu di laman web rasmi mereka.

Namun, belum sempat hari pelancaran, sekeping foto intipan atau spyshot yang mendedahkan bahagian depan Expander sudah tersebar di laman sosial.  Model MPV 7-tempat duduk itu tampil dengan warna hitam berbanding warna kelabu yang tertera pada imej teaser.

BACA >>> Dunia Sudah Tidak Berminat, Tiada Lagi Mitsubishi Lancer

Gril Expander yang ditarik sedikit ke atas diwarnakan senada dengan warna badan, manakala bahagian tengah terletak lencana Mitsubishi berwarna perak.

Expander yang menjadi pesaing kepada Toyota Avanza, Suzuki Ertiga dan Honda BR-V itu juga dikatakan memiliki saiz lebih besar dan lebar berbanding MPV lain dalam kelas sama.

BAHASA REKABENTUK ‘DYNAMIC SHIELD’

Seperti model Mitsubishi lain, Expander turut mengetengahkan bahasa rekabentuk berkonsepkan Perisai Dinamik (Dynamic Shield). Dari pandangan hadapan,  lampu utama jenis halogen diposisikan pada sudut sisi bampar yang nyata berbeza dengan pesaingnya. Nyata rekabentuk ditampilkan Mitsubishi menerusi Expander jauh daripada klise.

Sekarang, cuba lihat kedudukan lampu depan yang kebiasaannya diletakkan supaya mengapit penjuru bonet, tetapi Expander mengubahnya menjadi posisi lampu siang (DRL) LED. Desain berkenaan seakan meminjam rekaan Mitsubishi Eclipse Cross. Kemudian, kedudukan lampu kabus bentuk bulat pula diletakkan di sudut bawah bampar depan.

BACA >>> Mitsubishi Kini Nissan-Renault Yang Punya!!!

Expander khabarnya bakal menggunakan enjin 1.5L dengan sistem pacuan roda depan (FWD). Pilihan transmisi pula ditawarkan dalam dua pilihan, manual dan transmisi variabel berterusan (CVT) 6-kelajuan.

Expander bakal dipasang di kilang baharu Mitsubishi Motors di Bekasi, Jawa Barat.

GALERI

GIIAS 2017 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Mitsubishi Expander (2017) Mitsubishi Indonesia MPV Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) Roda4 Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.