Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Spesifikasi Honda CB350RS (2021): Lancar di India, Harga RM10.8k
Roda2

Spesifikasi Honda CB350RS (2021): Lancar di India, Harga RM10.8k

AryonBy Aryon17/02/20214 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA mengemas kini barisan famili CB untuk pasaran India dengan memperkenalkan CB350RS (2021) yang akan dijual pada harga 196,000 rupee (RM10,858), dan turut sama di pasaran bersama H’Ness CB350. Kedua-dua model ialah unit khas pasaran negara Asia Selatan itu dan dijual menerusi wakil pengedar Honda BigWing.

Atas kertas, CB350RS (2021) ini bersama saudaranya H’Ness CB350 akan bersaing dengan model lawan seperti Royal Enfield Meteor 350 dan Benelli Imperiale 400.

Setakat ini, wakil pengedar motosikal Honda di India, Honda 2Wheelers mendapat respon positif daripada pembeli mengenai H’Ness CB350 apabila sudah menjual 10,0000 unit model tersebut. Justeru CB350RS dijangka meneruskan momentum jualan yang sama.

BACA >>> Spesifikasi Honda CB650R, CBR650R (2021) Facelift: Lancar di Malaysia, Harga Mula RM43k
BACA >>> Royal Enfield Thunderbird 350 'Spartan' – daripada Scrambler Jipang Jadi Cruiser Tampan

Berikut spesifikasi CB350RS (2021):

 

  • Menggunakan casis kradel separa dupleks (half-duplex cradle) bersama rekabentuk kontemporari gaya neo retro dengan lampu depan bulat LED.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Black White Pearl Sports Yellow (kuning) dan Radiant Red Metallic (merah).
  • Bahagian pemuka menampilkan kluster instrumen semi-digital, manakala pelana tampil dengan rekaan  tekstur gaya klasik.
  • Ciri lain ialah rim aloi bentuk-Y, tayar lebar, fork dengan pelindung getah, lampu LED penuh, lampu belakang pada pelana, dan plat skid.
  • Enjin patuh BSIV (sama seperti Euro6) jenis 4-lejang  silinder tunggal 348.36cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 20.7hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm dengan transmisi manual 5-kelajuan yang disertakan bersama ciri klac antigelincir Slipper & Assist (A&S), kawalan tork HSTC.
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter, dan berat kerb 179kg.
  • Jarak roda 1,441mm, tinggi pelana 800mm dan jarak lega bumi 168mm.
  • Saiz tayar ialah 100/90-19M/C 57H (depan) dan 150/70-17M/C 69H (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal 310mm (depan) dan 240mm (belakang) dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Menggunakan sistem suspensi fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
Honda Honda CB350RS (2021) Honda India roda2 sportbike streetbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    4 Comments

    1. Jan on 19/02/2021 15:48

      Kalau masuk malaysia, kecik kan cc jadi 250,harga bawah 10k, confirm laku keras.

      Reply
    2. Donald Jo on 19/02/2021 17:56

      Bila launch kat Malaysia dua² model ni? Sy tgu ni. 350cc pun okay. Honda Big Wings, bring this in please!!

      Reply
    3. akbal on 11/09/2022 16:32

      HONDA BIG WINGS
      When is this Honda Modal CB350 Launching here in MALAAYSIA

      Reply
    4. John on 11/11/2022 15:32

      10ribu kat indian kat malaysia 30k confirm… mcm ktm250 saya 22 ribu.. kat india baru 10k…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.