Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Spesifikasi BMW S1000RR (2021): Kini di Malaysia dengan Harga RM121k
Roda2

Spesifikasi BMW S1000RR (2021): Kini di Malaysia dengan Harga RM121k

AryonBy Aryon26/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia melancarkan superbike terbaharu S1000RR (2021) untuk pasaran tempatan yang kini didatangkan dengan teknologi premium baharu sebagai ciri standard seperti Riding Mode Pro dan Kawalan Redaman Dinamik (DDC) pada harga atas jalan tanpa insurans RM121,500.

Berikut spesifikasi lengkap S1000RR (2021):

  • Ditawarkan dalam tiga warna pilihan: Hockenheim Silver (perak), Blackstorm Metallic (hitam), dan Motorsport (kombinasi warna Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red, untuk M Package)
  • Menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu depan dan belakang, serta lampu signal belok.
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 999cc penyejukan cecair dengan teknologi BMW Shiftcam Technology berkuasa 207hp @ 13,500rpm, dan tork 113Nm @ 11,000rpm, manakala kelajuan maksimum  299kmj.
  • Ada empat mod tunggangan disediakan, iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race, yang lengkap dengan ciri Riding Mode Pro.
  • Semua mod tunggangan itu turut mengawal fungsi seperti Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan ABS Pro sebagai ciri keselamatan yang lebih baik ketika membrek biasa atau dalam posisi miring.
  • Sistem BMW Motorrad Integral ABS membekalkan tahap keselamatan lebih tinggi, termasuk ciri lain seperti Kawalan Redaman Dinamik (DDC),  Kawalan Mula Daki (HSC) dan bantuan anjakan gear HP Shift Assistant Pro.
  • Kluster instrumen menampilkan skrin TFT 6.5 inci dengan suis kawalan Multi-Controller pada panel bar hendal kiri.

  • Panel skrin dilengkapkan fungsi konektiviti untuk akses pemain muzik, panggilan telefon dan statistik tunggangan menerusi aplikasi mobil BMW Motorrad Connected App.
  • Ada beberapa kelengkapan daripada Pakej BMW M yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan kini dijadikan ciri standard seperti rim karbon M, pelana sport M, dan bateri ringan M.
  • Ada juga aksesori opsyen untuk dipilih seperti komponen peg kaki karbon M, tuil klac brek M, aneka pilihan visor angin, peranti GPS dan log data, M Datalogger dan M Laptrigger, pelana M boleh laras ketinggian, kit penutup M, beg tangki dan beg pelana.

S1000RR (2021) kini berada di semua bilik pameran BMW Motorrad sah seluruh negara bermula hari ini, 26 Februari. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti 3 tahun dan bantuan jalanan 3 tahun daripada BMW Motorrad Malaysia.

Pembeli turut ditawarkan Pelan Pembiayaan di bawah BMW Group Financial Services Malaysia dengan ansuran bermula RM1,480 sebulan berdasarkan anggaran ‘balloon financing’ untuk pinjaman 80 peratus dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan rangkaian servis bertaraf tinggi seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/warranty.html.

 

BACA >>> BMW Dedah Paten Frem Sangkar Baharu untuk Skuter Berbumbung
BACA >>> BMW M1000RR (212hp, 113Nm) – Superbike Jalanan Ringan yang Penuh Kuasa

BMW BMW Motorrad Malaysia BMW S1000RR (2021) roda2 superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.