Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
Auto Terkini

Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA aksesori tempatan, Solfili, terus memperkukuh kedudukannya dalam dunia gaya hidup motosikal dua roda dengan pelancaran Lampu Belakang LED baharu yang direka khas untuk model Yamaha XMAX V2 yang berharga RM499 dan NMAX V2 berharga RM449.

Pelancaran rasmi ini diadakan sempena acara Meet & Greet bersama pelumba Moto2 pasukan PRAMAC, iaitu Tony Arbolino dan Izan Guevara, di Litar Antarabangsa Sepang bersempena Kejuaraan PETRONAS Malaysian MotoGP 2025.

Reka Bentuk Dinamik dan Moden

Lampu belakang LED ini direka sepenuhnya oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Solfili, menampilkan gabungan gaya dinamik, kecerahan tinggi dan kontur moden. Ia memberi penampilan sporty dengan pencahayaan yang menyerlah, menjadikan motosikal bukan sekadar kenderaan tetapi simbol gaya hidup urban.

Menurut Elvin, Penolong Pengurus Besar Jenama Solfili,

“Sekarang masa untuk Solfili memberi tumpuan kepada motosikal skuter. Penunggang hari ini melabur lebih pada skuter mereka kerana ia praktikal dan mudah. Kami mahu mereka menunggang di jalan raya dengan selamat, bergaya dan unik.”

Kerjasama dengan PRAMAC Moto2 dan Komuniti Skuter

Acara ini bukan sekadar pelancaran produk, tetapi juga platform untuk mendekati komuniti skuter tempatan. Para pengunjung berpeluang beramah mesra, bergambar dengan pelumba Moto2, serta menyaksikan sendiri kehebatan rekaan lampu belakang LED baharu Solfili.

Kerjasama dengan pasukan PRAMAC Moto2, yang disokong oleh Yamaha, dipilih kerana kedua-dua jenama berkongsi nilai prestasi dan inovasi, sejajar dengan semangat produk eksklusif Solfili untuk model XMAX dan NMAX V2.

Komitmen Solfili kepada Komuniti Skuter Malaysia

Pelancaran ini mengukuhkan komitmen Solfili untuk menyokong perkembangan komuniti skuter di Malaysia, membawa teknologi automotif terkini yang menggabungkan keselamatan, gaya dan fungsi. Dengan inovasi seperti ini, Solfili terus mengangkat imej skuter sebagai pilihan utama bagi penunggang urban moden yang mementingkan prestasi dan personaliti.

Solfili LED Rear Light Yamaha XMAX V2

Solfili LED Rear Light Yamaha NMAX V2

Aksesori skuter skuter Solfili Yamaha NMAX Yamaha XMAX
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.