Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual
Auto Terkini

#SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS debut global beberapa bulan lalu, Mazda3 serba baharu singgah sebentar di Pameran Motor Singapura (SMS) 2019. Sayangnya model generasi keempat itu bukan untuk dijual seperti tertera jelas pada bahagian cermin depan ‘Not For Sale’. Model dipamerkan itu ialah versi sedan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD).

Menurut wakil Mazda Singapura, unit tersebut ialah versi Skyactiv-G 2.5L. Peringkat global, Mazda3 memiliki empat varian enjin: Skyactiv-G 1.5, Skyactiv-G 2.0L dan Skyactiv-D 1.8L. Penampilan baharu sedan itu mengambil ilham Konsep Kai menerusi lampu depan runcing dan gril besar agresif.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Bahagian bawah bampar depan kelihatan ambilan udara, diapit lampu kabus kecil. Imej garang disempurnakan dengan rim 18-inci bersama kemasan krom pada frem tingkap. Lampu belakang diperincikan dengan rekaan bulatan ganda untuk setiap kluster dengan hujung but ditinggikan seperti ekor itik, mirip spoiler.

Bawah bampar  belakang kelihatan ekzos kembar dan perkataan Mazda3 dengan fon baharu berbanding versi lama. Dimensi sedan dipertingkat berbanding model terdahulu dengan panjang 4,662mm (bertambah 82mm), lebar 1,797mm (+2mm) dan tinggi 1,445mm (+5mm), manakala jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm.

BACA >>> #GMS2018: Mazda Kai Concept – Beri Bayangan Rupa Mazda3 Serba Baharu

Ruang kabin dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 8.8 inci yang dikuasakan sistem konektiviti MZD baharu. Di bawah unit itu ialah susunan butang kawalan sistem penyaman udara, manakala konsol tengah kelihatan butang kawalan unit infotainment dan tuil transmisi.

GALERI
bermaz Motor mazda Mazda Malaysia Mazda Singapura mazda3 Mazda3 (2019) Mazda3 sedan Pameran Motor Singapuran (SMS) 2019 Roda4 Singapore Motorshow 2019 SMS 2019
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.