• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual

#SMS2019: Mazda3 (2019) Tunjuk Muka di Singapura, Tetapi Bukan untuk Dijual

January 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS debut global beberapa bulan lalu, Mazda3 serba baharu singgah sebentar di Pameran Motor Singapura (SMS) 2019. Sayangnya model generasi keempat itu bukan untuk dijual seperti tertera jelas pada bahagian cermin depan 'Not For Sale'. Model dipamerkan itu ialah versi sedan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD).

Menurut wakil Mazda Singapura, unit tersebut ialah versi Skyactiv-G 2.5L. Peringkat global, Mazda3 memiliki empat varian enjin: Skyactiv-G 1.5, Skyactiv-G 2.0L dan Skyactiv-D 1.8L. Penampilan baharu sedan itu mengambil ilham Konsep Kai menerusi lampu depan runcing dan gril besar agresif.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

MAZDA3 (2019)21
MAZDA3 (2019)24
MAZDA3 (2019)26

Bahagian bawah bampar depan kelihatan ambilan udara, diapit lampu kabus kecil. Imej garang disempurnakan dengan rim 18-inci bersama kemasan krom pada frem tingkap. Lampu belakang diperincikan dengan rekaan bulatan ganda untuk setiap kluster dengan hujung but ditinggikan seperti ekor itik, mirip spoiler.

Bawah bampar  belakang kelihatan ekzos kembar dan perkataan Mazda3 dengan fon baharu berbanding versi lama. Dimensi sedan dipertingkat berbanding model terdahulu dengan panjang 4,662mm (bertambah 82mm), lebar 1,797mm (+2mm) dan tinggi 1,445mm (+5mm), manakala jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm.

BACA >>> #GMS2018: Mazda Kai Concept - Beri Bayangan Rupa Mazda3 Serba Baharu

Ruang kabin dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 8.8 inci yang dikuasakan sistem konektiviti MZD baharu. Di bawah unit itu ialah susunan butang kawalan sistem penyaman udara, manakala konsol tengah kelihatan butang kawalan unit infotainment dan tuil transmisi.

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: bermaz Motor, mazda, Mazda Malaysia, Mazda Singapura, mazda3, Mazda3 (2019), Mazda3 sedan, Pameran Motor Singapuran (SMS) 2019, Roda4, Singapore Motorshow 2019, SMS 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
    Toyota Rancang Bikin Prius GRMN yang Lebih Berkuasa daripada Versi GR?
  • Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
    Manila Tawar Kursus Latihan Motosikal Percuma
  • Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
    Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
  • Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato
    Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my