Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Roda Tinggi Kymco Tersely S125 dan S150 Lancar di Jepun, Oktober Depan
Roda2

Skuter Roda Tinggi Kymco Tersely S125 dan S150 Lancar di Jepun, Oktober Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KYMCO Japan Co Ltd bakal memperkenalkan skuter roda tinggi (high-wheel) Tersely S125 dan Tersely S150 pada 9 Oktober ini. Saiz rim berdiameter besar seperti model kapcai memberikan pengendalian lebih stabil di kawasan bandar untuk skuter ini. Rekabentuk skuter menampilkan lekuk badan elegan dengan sistem pencahayaan LED.

Tidak ketinggalan, Tersely S125 dan Tersely S150 juga dilengkapi kombinasi visor pengadang angin tinggi, gad sendi dan kotak simpanan di belakang sebagai ciri standard.  Cuma satu warna ditawarkan, Matt Silver Crystal (perak) dengan pelana kulit merah gelap, manakala harga skuter ¥291,600 (RM10,639).

CIRI UTAMA TERSELY S 125 / S 150

1. GAYA EROPAH


Tersely S menawarkan gaya skuter roda tinggi yang menjadi trend penunggang Eropah. Penggunaan roda berdiameter 16 inci (depan) dan 14 inci (belakang) memberikan kestabilan tunggangan atas jalan raya biasa atau berbatu. Posisi menunggang tinggi cukup selesa dengan visor pengadang angin besar yang sesuai untuk tunggangan jauh.

2. ENJIN


Dibangunkan berasaskan teknologi penyejukan udara 4-injap yang turut digunakan dalam siri perlumbaan, Tersely S menawarkan prestasi cemerlang menerusi enjin 125cc (11.1hp) dan 150cc (13.8HP). Hasilnya, ialah pengalaman tunggangan santai dan berkuasa sama ada di bandar atau lebuh raya.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

3. SUSPENSI


Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan dual absorber dengan mekanisme prabeban boleh laras (belakang). Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri keselamatan standard memberikan keyakinan membrek  dalam apa juga keadaan.

4. PENCAHAYAAN LED


Tersely S dilengkapi ciri pencahayaan LED untuk lampu depan, belakang dan signal belok meningkatkan kejelasan skuter itu di jalan raya, terutama ketika tunggangan malam.

BACA >>> Kymco Racing S 125 Facelift – Kini Lebih Ringan dengan 3 Mod Tunggangan Ergonomik

5. PAPAN PEMUKA LCD


Paparan meter LCD mutifungsi digital penuh memaparkan maklumat seperti indikator cas telefon, spidometer, takometer, odometer, jam, dan paras minyak.

6. UTILITI


Ruang simpanan bawah pelana yang luas mampu memuatkan dua helmet muka penuh, termasuk fungsi mengecas dua telefon pintar pada satu-satu masa.

BACA >>> Skuter Ikonik Bangkit Semula, Lambretta V-Special Kekal Rupa Vintaj, Tampil Ciri Moden

SUMBER: BikeBros

Kymco Kymco Japan Co. Ltd Kymco Tersely S125 Kymco Tersely S150 Modenas Moped roda2 skuter Skuter Roda Tinggi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    25/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.