Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter KYMCO AK550 Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
Roda2

Skuter KYMCO AK550 Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

ZYBy ZY18/10/201712 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI mungkin berita baik buat peminat skuter maxi tempatan. Berdasarkan maklumat pembaca kami terima, laman web KYMCO Malaysia baru saja mendedahkan kelibat skuter flagship terbaru jenama itu, AK550. Terdahulu, skuter tersebut pernah ditayangkan sempena Pameran Motosikal Intermot, di Jerman, pada Oktober tahun lalu. Mungkinkah bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat?

Dengan menjadikan Yamaha T-Max sebagai penanda aras, AK550 cukup berkuasa untuk menyaingi skuter maksi Yamaha tersebut. Tarikan utama AK550 yang paling menonjol adalah kehadiran panel instrumen dengan paparan interaktif Noodoe.

Noodoe bukan sekadar mampu menghubungkan telefon pintar, tetapi aplikasi itu turut memaparkan notifikasi seperti jam, cuaca, kompas dan kelajuan, termasuk pilihan navigasi pintar dan rekabentuk paparan instrumen yang boleh diubah sendiri. Menariknya, anda boleh berkongsi rekaan custom itu bersama pengguna AK550 lain menerusi talian komuniti sosial Noodoe.

BACA >>> #TunggangUji: Yamaha NVX 155 – Skuter Lincah, Mantap dengan CVT yang Menyeronokkan

CIRI UTAMA KYMCO AK550

  • Enjin 2-silinder sebaris 550.4cc
  • 4-lejang, 8 injap DOHC, penyejukan cecair
  • Kuasa maksimum 53hp, tork maksimum 55Nm
  • Panel meter digital penuh
  • 2-mod tunggangan
  • Sistem masukan tanpa kunci (keyless entry)
  • Brek dwi-cakera dengan kaliper Brembo (depan)
  • Suspensi terbalik (USD) di depan
  • Kerangka aluminium ringan
  • Agihan berat 50:50
  • Tangki bahan api 15 liter
  • Tinggi pelana 785mm
  • Rekaan premium Kymco
  • Ruang simpanan besar, boleh diisi dua helmet
  • Lampu LED penuh

 

Menarik bukan? Tetapi maaf, kami ada berita kurang menggembirakan untuk anda sekalian.

Seperti diumumkan November tahun lalu, hak edaran, jualan dan pemasaran skuter buatan pengeluar dari Taiwan  itu kini berada di bawah Modenas. Justeru, sebarang pengumuman mengenai pelancaran model terbaru KYMCO mestilah melalui saluran rasmi Modenas. Namun menurut apa ditemui dalam laman web KYMCO Malaysia, menunjukkan model baharu itu bukan dikendalikan Modenas, sekali gus menjadikan maklumat dipaparkan di laman web tersebut agak meragukan.

BACA >>> Jenama KYMCO Di Malaysia Kini Modenas Yang Punya

Bagaimanapun, dengan anggaran harga sekitar RM40,000 (berdasarkan harga jualan luar negara) untuk sebuah skuter premium dan berkuasa, kami sangat berharap skuter ini dibawa ke pasaran Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat skuter maksi tempatan.

Bagaimana, boleh tak Modenas?

GALERI

Kymco kymco ak550 kymco flagship kymco malaysia kymco phishing kymco scooter maxi scooter Modenas modenas elegan modenas malaysia motosikal noodoe phishing roda2 skuter kymco skuter maksi yamaha t-max
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CBR150R Kini Tampil Dengan Warna Stealth Black – Harga RM13,399

16/04/2026
Roda2

Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

16/04/2026
Aksesori

Castrol Malaysia Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

16/04/2026
Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

15/04/2026

12 Comments

  1. GO CHIN BOON on 22/04/2018 22:21

    May i to know that new model kymco ak 550 will launched in,malaysia?

    How much is the price?

    Do u have any dealer in JOHOR BAHRU?

    Reply
  2. Bonded Separa on 19/12/2018 12:38

    waiting for ak550 this year if late will turn tu sym TL.

    Reply
  3. Michael on 17/01/2019 07:02

    Hi
    Im an owner modenas 250.
    Kindly update any news for the arrival Ak550
    Interested.
    Tku

    Reply
  4. Zairi on 02/04/2019 21:21

    Tak nampak gaya nya ak550 ni masuk Malaysia ….

    Reply
  5. bking ridsr on 10/04/2019 17:44

    kymco 550 x masuk malaysia,jgn risau,ada alternarif lain,honda x-adv 750

    Reply
  6. aRigato on 13/01/2020 19:35

    kalau harap ke Modenas asyik jual 250 ja la. Kajian pasaran dibuat dgn maklumat yg tak menyeluruh oleh bahagian pasaran, jd model AK550 rasanya tak masuk Msia. Bahagian pemasaran Modenas perlu ada insan yg tahu selok belok pasaran semasa pengguna & bukan hanya bergantung pd statistik/skala dll malumat yg memberikan peratus ketetapan yg tidak tepat. hidup Modenas dgn Jenama BAJAJ. mutu yg x ada kualiti yg dijual kpd rakyat M’sia

    Reply
  7. Rozek on 29/10/2021 21:53

    Mohon Modenas bwk la masuk Kymco AK 500 ni..dapat la kami2 yg biashe2 ni beli..harga tmax x mampu

    Reply
  8. Rozek on 29/10/2021 21:55

    Xadv harga pon mampu org biashe2 tuan..klu harga AK500 masih bole gagah lg

    Reply
  9. nms on 09/08/2023 03:26

    yes, waiting this kind of maxi scooter look sporty, good price & powerful..hopefully enter into malaysia as soon as possible (ASAP).Cannot wait until 2024. Please bring him to Malaysia.

    Reply
  10. nms on 09/08/2023 03:46

    Plz la ..BFull lesen holder need this kind of motor for daily ride..harga maxiscooter yg ada dimalaysia skrg terlalu mahal “over price”..geng pencen pasti suka motor nih..tak mahal powerful dan lebih kepada santai-santai ride..nak ride jauh ngan pillion pun masih ader power. Saper nak spend duit lebih dr 40k just for scooter. Terbaik Kymco AK550. Saya rasa ia akan mendpt sambutan besar dr peminat2 maxi scooter. Harga pasaran luarnegara RM40k bleh jd motor scooter paling popular Modenas Boleh..inilah peluang keemasan modenas utk tunjukkan anda adalah pengedar motor nasional yg terbaik. Ini adalah long term investment bagi menguatkan jenama Modenas..Tak rugi mencuba kami akan sokong anda..Jgn fokus pada B2 lesen holder saja kerana BFull holder pun dah ramai, mereka ini yg mencari maxi scooter sepwrti AK550 like me

    Reply
  11. MM on 08/09/2023 10:34

    Agree with you. Ramai B Full dah masuk usia pencen. Nak ambil scooter 250CC memang tak puas….Motor sebegini pasti menjadi pilihan.

    Reply
  12. SAMSHUNIZAM BIN MOHD SHUKOR on 31/10/2023 16:41

    sudah nak masuk 6 tahun dr 2018 dah nak masuk 2024 pasal cerita AK550 ni..masih tiada gambaran lagi utk dibawa masuk ke Malaysia. Modenas masih di ulit mimpi dgn nama motosikal nasional. Bangun la Modenas jangan tido.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.