Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Advencer Aprilia SR GT (2022) Lancar
Roda2

Skuter Advencer Aprilia SR GT (2022) Lancar

WahidBy Wahid26/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA sesiapa yang masih ingat skuter Aprilia SR Max yang pernah popular di Malaysia beberapa tahun lalu? Sekarang Aprilia SR GT Adventure pula dilancarkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang sedang berlangsung.

Berbanding model sebelum ini, SR GT (2022) datang sebagai skuter advencer yang kian popular selepas dimulakan Honda ADV dan disusuli ADV150 sebelum muncul pula ADV350 yang baru saja dilancarkan.

BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Lancar di EICMA 2021, untuk Pasaran Amerika, Eropah Sahaja
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

Aprilia melancarkan dua varian SR GT (2022) dalam saiz enjin berbeza, iaitu SR GT 125 dan SR GT 200. Berikut ciri dua skuter tersebut:

  • SR GT 125 menggunakan enjin silinder tunggal 125cc berkuasa 14.75hp @ 8,750rpm dan 12Nm @ 6,500rpm.
  • SR GT 200 menggunakan enjin silinder tunggal 174cc berkuasa 17.43hp @ 8,500rpm dan 16.5Nm @ 7,000rpm.
  • Enjin SR GT 200 menggunakan silinder disadur Nikasil dan piston baharu untuk pembakaran lebih efisien dan menjimatkan minyak.

  • Suspensi kedua-dua model menggunakan unit fork Showa 33mm dengan travel 122mm di depan, dan dwi-absorber Showa dengan travel 102mm di belakang.
  • Komponen brek juga dikongsi bersama, iaitu cakera tunggal 260mm (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang).
  • Ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 25 liter yang boleh memuat sebuah helmet muka-penuh (full-face).
  • Hendal tidak menggunakan penutup plastik untuk membolehkan penunggang memasang aksesori seperti pemegang telefon/GPS/kamera.

  • Walaupun panel meter LCD dan bukan TFT, tetapi diberikan opsyen sistem komunikasi MIA Aprilia untuk berhubung dengan telefon pintar.
  • Tambahan opsyen itu juga menambahkan suis-suis khas di sebelah hendal kiri.
  • Lampu jenis LED penuh.

  • Ada sistem henti-mula (stop-start) seperti skuter lain, tetapi sistem Aprilia sedikit berbeza, digelar Regulator Inverter Start & Stop System. Sistem itu tidak disambungkan terus kepada penghidup, tetapi terus kepada aci engkol (crankshaft). Menurut Aprilia, sistem itu lebih tahan lama, lebih jimat minyak dan lebih senyap berbanding sistem stop-start biasa.
  • Memiliki berat basah 144kg (SR GT 125), manakala keberatan basah 148kg (SR GT 200). Ada beberapa warna, termasuk opsyen Sport.
  • Harga belum lagi didedahkan, dan tidak diketahui memasuki pasaran Malaysia.
Aprilia SR GT (2022) Aprilia SR GT 125 (2022) Aprilia SR GT 200 (2022) Auto Terkini roda2 skuter
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.