Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Skoda Cari Rakan Kongsi Baharu Mahu Bikin Kereta Bajet di India
Roda4

Skoda Cari Rakan Kongsi Baharu Mahu Bikin Kereta Bajet di India

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia automotif, situasi sesebuah pengeluar dimiliki pengeluar lain bukanlah perkara asing. Begitu juga dengan pelbagai istilah korporat seperti pakatan kerjasama, rakan strategik dan lain-lain. Jadi, apa yang perlu kita faham adalah betapa perkembangan dunia automotif masa kini kian mencabar berikutan turun naik ekonomi dunia, kekangan sumber, kenaikan kos buruh dan pembuatan serta lain-lain.

Skoda, misalnya adalah antara pengeluar yang tidak terlepas dengan pelbagai cabaran dalam usaha mengekalkan survival dan kelangsungan jenama itu. Walaupun bernaung di bawah syarikat induk gergasi, Volkswagen Group, pengeluar dari Republik Czech itu kini sedang mencari rakan kongsi baharu dalam usaha meneruskan projek kereta kos rendah atau bajet berikutan kegagalan rundingan dengan pengeluar automobil dari India, Tata Motors.

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Masih menumpukan pasaran India, Skoda ini sedang berusaha menjadikan platform Volkswagen, MQB AO cukup murah untuk membangunkan sebuah kenderaan asas yang murah. Namun, pada masa sama tidak menolak peluang menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi lain yang berpotensi.

“Kami terbuka kepada perkongsian dengan syarat mereka (rakan kongsi) menghasilkan sinergi ekonomi dan teknikal seperti dikehendaki,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skoda, Bernhard Maier.

Menurut Maier, Skoda sudah melakukan rundingan bersama pembekal tempatan supaya dapat menghasilkan kereta kos rendah dengan mematuhi keperluan keselamatan dan emisi ketat yang bakal dikuatkuasakan di India pada 2020 ini.

Tambah Maier lagi, platform MQB AO masih belum menjadi asas muktamad untuk kereta kos rendah kerana di India, harga pasaran adalah isu sensitif di negara tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Mohor Kaum Asli Amerika Jadi Sumber Ilham Logo Škoda

“Ini jelas, tanpa lokalisasi radikal dan kelebihan kos yang berkaitan, kami tidak akan mampu menukarkan platform MQB AO kepada produk kompetitif di India,” katanya.

Sesetengah model juga akan dilancarkan di Amerika Selatan dan Timur Tengah, manakala Volkswagen Group juga bakal membangunkan kereta bajet lain dengan rakan kongsi dari China yang bersedia dilancarkan menjelang 2019.

* Model supermini, Skoda Citigo

SUMBER: Car Scoops

Auto Terkini kereta bajet kereta kos rendah rakan kongsi Roda4 ŠKODA Skoda Citigo Tata Motors
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.