Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Mohor Kaum Asli Amerika Jadi Sumber Ilham Logo Škoda
Autotainment

#RetroAuto: Mohor Kaum Asli Amerika Jadi Sumber Ilham Logo Škoda

Han OthmanBy Han Othman18/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK seperti pengeluar automobil dari Asia, misalnya Jepun yang lebih lurus dan berterus terang dalam merekabentuk logo jenama masing-masing, sebaliknya logo pengeluar dari Eropah lebih sofistikated. Ini mungkin disebabkan sejarah industri automotif itu sendiri yang bermula di rantau tersebut.

Jika sebelum ini kami berkongsi tentang maksud di sebalik logo Alfa Romeo, Chevrolet dan Audi, kali ini kami bawakan pula artikel mengenai rahsia dan sejarah logo Škoda, yakni pengeluar automobil dari Republik Czech. Sebagai makluman, Škoda kini sudah menjadi sebahagian daripada anak syarikat di bawah Volkswagen (VW), tetapi itu langsung tidak menyebabkan penduduk negara Eropah Tengah itu mengamuk tidak tentu hala.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul Logo Chevrolet, Benarkah Simbol Salib?

ŠKODA – ANTARA PENGELUAR TERTUA DUNIA

Sejarah Škoda cukup lama, bermula pada 1895, iaitu sejak 122 tahun lalu sebagai syarikat pembuat basikal, Laurin & Klement (L&K) yang diasaskan dua beradik, Václav Laurin dan Václav Klement. Kereta pertama dihasilkan syarikat mereka adalah pada 1905, dan dua dekad kemudian selepas berakhir era perang, syarikat kecil itu dibeli Škoda Works yang ketika itu ialah antara konglomerat industri terbesar di Eropah.


Hari ini, logo Škoda muncul dalam pelbagai jenis produk, termasuk tram dan lokomotif, serta kereta yang menggunakan teknologi VW. Malah, Škoda turut menghasilkan perkakasan loji janakuasa nuklear di Hungary. Paling penting, anak panah bersayap pada logo Škoda juga digunakan pada pelbagai varian kereta, antaranya wagon Octavia vRS berkuasa 242hp, yang dikatakan jauh lebih mantap daripada Golf GTI.

BACA >>> #TahukahAnda: Rahsia Ular Telan Manusia dalam Logo Alfa Romeo dan Kaitan Perang Salib

KAUM ASLI AMERIKA JADI INSPIRASI ‘WINGED ARROW’

Logo Škoda diilhamkan daripada mohor (seal) atau pingat kaum asli Amerika, dan rekabentuk berupa anak panah bersayap atau Winged Arrow itu tercipta seawal 1926 (rujuk gambar atas), kira-kira setahun selepas L&K bergabung menjadi Škoda.

Škoda ketika itu turut menggunakan satu lagi logo, berupa plat kalungan emas yang didalamnya bertulis Škoda. Bagaimanapun, logo tersebut cuma bertahan hingga 1933, sebaliknya logo panah bersayap biru (warna asal) digunakan secara meluas sehingga ke hari ini.

Pada 1999, logo Škoda ditukar warna kepada hijau, dan imej bulatan sekeliling panah bersayap mula mengalami evolusi menjadi lebih kemas serta terus diperkemaskan lagi pada 2011 supaya tampak lebih moden, segar dan berkilauan. Sesetengah model kereta menggunakan logo dengan kombinasi warna logo hitam dan perak (krom) untuk tampil lebih elegan dan mewah.

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Maksud di Sebalik Simbol Empat Gelang Logo Audi?

SUMBER: Road & Track
evolusi logo Škoda Laurin & Klement (L&K) logo Republik Czech Retro Auto sejarah logo Škoda ŠKODA
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.