Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 Bantu Mereka Yang Hilang Sumber Pendapatan
Auto Terkini

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 Bantu Mereka Yang Hilang Sumber Pendapatan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BAGI mereka yang hilang pekerjaan disebabkan krisis kesihatan Covid-19 dan bercadang mencari sumber pendapat sebagai pengirim barangan atau makanan (rider), apa kata anda cuba Program TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Program menerusi TEKUN NASIONAL itu adalah lanjutan daripada TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 dan memberi fokus kepada mereka yang ingin mencari sumber pendapatan.

Apa Itu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Suatu program untuk usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan motosikal. Skim itu menawarkan pembiayaan untuk:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Siapa Layak Mohon?

Ada beberapa syarat perlu dipatuhi untuk anda memohon skim pembiayaan TEKUN Mobilepreneur iaitu:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan individu berstatus muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan sah daripada syarikat e-hailing berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan mana-mana syarikat e-Hailing akan diberi keutamaan.

 Jumlah Pembiayaan

Nilai had pembiayaan adalah antara RM1,000 hingga RM10,000 dan mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon

Skim ini BUKAN PERCUMA tetapi harus dibayar balik. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 hingga 3 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4 peratus setahun.

Cara Memohon

Mereka yang berminat boleh merujuk atau hadir ke pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut serta  borang permohonan pembiayaan.

Dokumen Yang Anda Perlu Sediakan

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran

SUMBER: Tekun Nasional | PortalInfo

Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.