BAGI mereka yang hilang pekerjaan disebabkan krisis kesihatan Covid-19 dan bercadang mencari sumber pendapat sebagai pengirim barangan atau makanan (rider), apa kata anda cuba Program TEKUN Mobilepreneur 4.0.
Program menerusi TEKUN NASIONAL itu adalah lanjutan daripada TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 dan memberi fokus kepada mereka yang ingin mencari sumber pendapatan.
Apa Itu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
Suatu program untuk usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan motosikal. Skim itu menawarkan pembiayaan untuk:
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Siapa Layak Mohon?
Ada beberapa syarat perlu dipatuhi untuk anda memohon skim pembiayaan TEKUN Mobilepreneur iaitu:
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Pemohon bukan individu berstatus muflis.
- Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
- Mempunyai pelantikan sah daripada syarikat e-hailing berdaftar.
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal.
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan mana-mana syarikat e-Hailing akan diberi keutamaan.
Jumlah Pembiayaan
Nilai had pembiayaan adalah antara RM1,000 hingga RM10,000 dan mengikut tujuan permohonan seperti berikut:
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Ini Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon
Skim ini BUKAN PERCUMA tetapi harus dibayar balik. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 hingga 3 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4 peratus setahun.
Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh merujuk atau hadir ke pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran untuk mendapatkan penerangan lanjut serta borang permohonan pembiayaan.
Dokumen Yang Anda Perlu Sediakan
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0.
- Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
- Gambar pemohon ukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal
- Salinan geran motosikal yang sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – untuk permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
- Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
- Peta lokasi rumah dari pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran
SUMBER: Tekun Nasional | PortalInfo
Leave a Reply