Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sistem BRT di Johor Mula Operasi 2023, Kini 21.57 Peratus Siap
Auto Terkini

Sistem BRT di Johor Mula Operasi 2023, Kini 21.57 Peratus Siap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROJEK Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dijangka mula beroperasi menjelang 2023. Projek pengangkutanawam  itu dikatakan menelan kos sekitar RM2.56 bilion.

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri berkata projek itu kini pada peringkat 21.57 peratus pelaksanaan.

BACA >>> SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

Beliau berkata demikian dalam program ujian rintis selama tiga bulan untuk Bas Transit Rapid (BRT) yang bermula sejak 8 April lalu;

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) melabur RM151 juta bagi memuktamadkan rekabentuk kejuruteraan infrastruktur, menilai rekabentuk keperluan operasi dan kewangan, kerja-kerja penyiasatan dan pengambilan balik tanah.

“IMBRT ialah sistem BRT komprehensif pertama di Malaysia dan akan jadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di Iskandar Malaysia.

“Projek ini akan disambung ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, Lapangan Terbang di Senai, Larkin Sentral, Landasan Berkembar Kempas dan Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut dan Iskandar Puteri.”

Penjelasan Solihan itu dibuat ketika menjawab soalan dikemukakan Cheo Yee How (Perling – DAP) mengenai perkembangan terkini BRT Johor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14, hari ini.

Solihan berkata, rekabentuk terperinci jajaran BRT Iskandar Puteri sudah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Jelasnya, rekabentuk terperinci jajaran BRT di Skudai dan Tebrau akan dimuktamadkan selepas mengambil kira maklum balas jajaran Iskandar Puteri.

Tambahnya, IRDA sudah mengadakan sesi pembentangan dan libat urus laluan perkhidmatan IMBRT bersama:

  • Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  • Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
  • Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
  • Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
  • Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
  • Majlis Daerah Kota Tinggi (MDK)

BRT ialah sistem transit berasaskan bas berkualiti tinggi yang bukan saja pantas dan selesa, tetapi juga menjimatkan kos dan dibangunkan di kawasan bandar berstatus metro.

BACA >>> Kecoh Babi Hutan Naik, Tukar Tren
BACA >>> Kucing Atas Bumbung Tak Mahu Turun Punca Tren Batal Perjalanan
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini Cheo Yee How Program Ujian Rintis Bas Transit Rapid (BRT) Solihan Badri Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.